saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 12/08/2014

Baitul Hilal PD berjaya rakam fenomena Supermoon

Muzamir Mazlan menunjukkan perbezaan antara Perigee dan Apogee di pejabatnya selepas berjaya merakamkan gambar berkenaan di Balai Cerap Baitul Hilal Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN

TELOK KEMANG 11 Ogos - Fenomena bulan mengambang atau lebih dikenali sebagai 'Supermoon' berjaya dirakam dengan jarak 350,700 kilometer (km) dari bumi di pekarangan Balai Cerap Baitul Hilal Port Dickson, dekat sini awal pagi ini.

Penolong Pengurus Pendidikan dan Latihan Baitul Hilal Port Dickson, Muzamir Mazlan berkata, fenomena itu berjaya dirakamkan pada pukul 1.07 pagi.

"Bagaimanapun, fenomena yang berlaku setiap tahun ini tidak dapat dirakamkan dengan jelas disebabkan awan tebal.

"Namun, kita berjaya merakamkan gambar tersebut melalui empat gambaran iaitu sekitar pukul 1.07 pagi hingga 1.15 pagi dengan menggunakan teleskop jenis Vixen Ed103s," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Balai Cerap Baitul Hilal Port Dickson.

Menurutnya, seluruh dunia dapat menyaksikan fenomena alam itu yang merupakan detik bulan mengambang paling besar dan terang pada tahun ini tetapi ia bergantung kepada cuaca di kawasan masing-masing.

"Fenomena ini terjadi apabila bulan yang mengorbit bumi dalam elips trajektori berada paling dekat dengan planet kita.

"Setiap tahun ia akan mencatatkan jarak yang berbeza serta waktu, masa dan tarikh yang berlainan yang dapat dirujuk melalui data," jelasnya.

Tambahnya, ketika bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi, istilah sainsnya ialah Perigee dan ketika bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi, ia dipanggil Apogee.

"Bagi Apogee, ia telah berlaku pada 16 Januari lalu dengan jarak 406,000km dari bumi berbanding Perigee dengan jarak 350,000km dari bumi seperti yang direkodkan pada hari ini.

"Perbezaan ini sememangnya tidak dapat dilihat dengan jelas melalui mata kasar kecuali ia direkodkan dan dilihat menerusi teleskop," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.