saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 01/10/2014

Program seni Islamik diperluas

SEBAHAGIAN tetamu yang hadir mendengar ceramah yang disampaikan Mohammad Kazim Elias pada program Bicara Tokoh 2014 bertajuk 'Seni Menurut Perspektif Islam' di Kompleks JKKN Negeri Sembilan di Seremban, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA

SEREMBAN 30 Sept. - Penerapan program seni berbentuk Islamik yang mendapat sambutan umat Islam ketika ini akan diperluaskan dan kerajaan negeri sedang melihat pengisian bersesuaian bagi membolehkan ia menjadi dasar.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Abd. Razak Ab. Said berkata, seni dan kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan dan Islam itu sendiri tidak melarang umatnya berhibur mengikut landasan syariat.

Malah katanya, nilai-nilai dalam seni itu sendiri sebenarnya mengajak penggiatnya untuk berdisiplin dalam menghasilkan karya yang boleh mendapat tempat dihati serta ikutan masyarakat.

"Untuk itu kita diperingkat kerajaan negeri sedang melihat cara dan bagaimana melaksanakannya daripada segi tentatifnya serta pengisiannya agar dapat mendatangkan kesan kepada masyarakat umat Islam.

"Cadangan ini adalah sesuatu yang baik dan kita akan kaji semula, daripada segi perlaksanaan sebelum dijadikan sebagai dasar dalam tempoh masa terdekat,"katanya.

Abd. Razak ditemui selepas menghadiri Program Bicara Tokoh 2014: Seni Mengikut Persepktif Islam Di Auditorium D'Sury Kompleks Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Bicara tokoh tersebut menampilkan penceramah terkenal iaitu Muhammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, Ustazah Norhafizah Musa manakala moderatornya pula ialah Ustaz Amin Idris dari stesen televisyen Al-Hijrah.

Sementara itu bercakap dalam forum itu, Muhammad Kazim berkata, seni adalah dibenarkan dalam Islam asalkan tidak melalaikan serta boleh membawa kepada pemesongan akidah umat.

Malah katanya, seni itu tidak hanya perlu diteropong dalam lingkungan hiburan semata-mata akan tetapi melibatkan pelbagai hal termasuklah menyuarakan pandangan dalam bentuk yang bersesuaian.

"Sebenarnya perbuatan yang menyeronokkan orang ramai itu boleh kita panggil sebagai seni sebab seni ini boleh dilambangkan atau digambarkan dalam pelbagai bentuk dalam mengetengahkan suara mereka.

"Dalam Islam itu sendiri ada batasan mana yang boleh dan tidak dibenarkan. Tetapi apa yang paling penting, ia perlulah mengikut landasan syariat," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.