saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 10/10/2014

Melaka komited jadi negeri maju

Idris Haron Ketua Menteri Melaka

MELAKA 9 Okt. - Kerajaan negeri di bawah naungan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob komited untuk merealisasikan hasrat menjadi negeri maju melalui perancangan Melaka Maju Fasa II.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, seluruh anggota kerajaan akan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan hasrat tersebut dapat dicapai bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga pengisiannya.

Menurutnya, sebanyak empat perkara utama pencapaian negeri maju telah ditetapkan hasil suntikan idea Mohd. Khalil untuk mengangkat Melaka ke satu tingkat lebih baik berbanding sebelum ini.

Katanya, empat perkara itu termasuklah meletakkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi bagi memenuhi kehendak pelanggan serta mempunyai sistem atau mekanisme yang berupaya memastikan produk dan perkhidmatan sentiasa berada di tahap terbaik.

"Selain itu, persekitaran negeri mestilah berada di tahap kondusif bagi menggamit pelancong, malah mampu menimbulkan persepsi Melaka sebagai negeri terbaik untuk didiami.

"Akhir sekali, penduduk negeri ini harus mempunyai kualiti pemikiran dan tindakan di tahap negara maju seperti mementingkan kebersihan persekitaran serta bersikap jujur dan amanah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas di kediamannya di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini baru-baru ini.

Menurut Idris, keempat-empat ciri negara maju itu penting untuk dicapai dalam satu langkah Melaka Maju Fasa II bagi melengkapi kemajuan fizikal yang dibawa oleh pemimpin sebelum ini.

"Langkah tersebut mestilah diatur secara terperinci dengan meletakkan Melaka sebagai negeri mempunyai kelainannya tersendiri sebagai penekanan yang telah dipersetujui," ujarnya.

Sementara itu katanya, dari aspek pembangunan negeri, Melaka merupakan negeri yang membangun bersama-sama program berkaitan alam sekitar dan paling kehadapan dalam teknologi hijau di negara ini.

Selain itu ujarnya, Melaka turut memerlukan pembaharuan selain bergantung kepada kunjungan pelancong di bawah 12 subsektor pelancongan negeri semata-mata.

Katanya, kerajaan negeri sedang berusaha mewujudkan beberapa pelabuhan yang menyediakan khidmat kepada kapal-kapal antarabangsa merentasi Selat Melaka.

Menurutnya, usaha tersebut sedang berlaku di tahap menggalakkan termasuk mengenal pasti ciri-ciri teknikal, di samping menentukan tapak strategik pelabuhan perdagangan dan komersial.

"Dengan usaha itu, Melaka mampu menjadi City Port yang boleh melengkapkan rangkaian Jalan Sutera Laut (Marine Silk Road) iaitu di dalamnya terdapat lebih 40 bandar utama merangkumi 70 peratus penduduk dunia," jelasnya.

Idris memberitahu, Melaka turut mempunyai perancangan pembangunan mega bertaraf nasional, dipacu pihak swasta iaitu Melaka Gateway dengan nilai melebihi RM40 bilion dan dijangka berlaku dalam tempoh 15 hingga 20 tahun dari sekarang.

"Projek mega yang menyediakan perkhidmatan perhotelan, perdagangan dan pelaburan pelancongan melibatkan kawasan seluas 252 hektar ini bakal disokong dengan pembangunan lain sepanjang pantai barat bandar raya ini termasuklah Admiral City, Faith View dan Lion City secara berperingkat," katanya.

Selain itu, terdapat juga minat mendalam bagi menjayakan projek persembahan seni, Melaka Impression yang merupakan pembangunan besar dari China di Dataran 1Malaysia, Klebang dan mampu menarik tambahan sekurang-kurangnya satu juta pelancong ke negeri ini.

Bagaimanapun ujar beliau, beberapa kekangan telah dikenal pasti dalam menjayakan pembangunan berkenaan termasuklah infrastruktur awam seperti jajaran jalan raya, kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

Justeru katanya, kerajaan negeri telah merencana beberapa peringkat penyelesaian masalah trafik melalui peruntukan RM350 juta untuk membina flyover di persimpangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan Peringgit yang telah dimulakan.

"Jabatan Kerja Raya (JKR) juga akan membantu menguraikan masalah kesesakan lalu lintas dengan pembinaan jejambat di semua persimpangan yang mempunyai lampu isyarat di seluruh negeri,

Selain itu, cadangan membina ring road dalam dan luaran bagi melancarkan lalu lintas di tiga pintu tol utama termasuk Ayer Keroh, Lipat Kajang dan Simpang Ampat," ujarnya.

Selain itu tambah beliau, kerajaan negeri juga telah berbincang dengan lebih 10 pengendali kapal terbang termasuklah Sriwijaya Air, Malindo Air, AirAsia dan Tianjin Air serta Subang Skypark untuk mengoperasikan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam, seterusnya menjadi pendekatan baharu menarik kehadiran pelancong ke negeri ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:12
Asar 4:34
Maghrib 7:08
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.