saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 10/10/2014

Teknologi hijau: Kerajaan negeri harap peruntukan tambahan

MELAKA 9 Okt. - Kerajaan negeri mengharapkan peruntukan tambahan daripada Kerajaan Pusat dalam Bajet 2015 sebagai usaha untuk membangunkan teknologi hijau di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, peruntukan tambahan itu amat diperlukan bagi memperkukuh pembangunan teknologi hijau yang dipelopori kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, Melaka merupakan negeri ke hadapan dalam agenda teknologi hijau dan seharusnya mendapat sokongan kuat daripada Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, peruntukan tersebut amat diperlukan untuk membangunkan sektor ekonomi yang tertumpu kepada pembangunan dan perkhidmatan sektor pelancongan, perindustrian, pembuatan serta penghasilan produk.

Justeru jelasnya, kerajaan negeri mengharapkan sokongan kuat daripada Kerajaan Pusat untuk menyalurkan peruntukan tambahan dalam bidang berkaitan, memandangkan Melaka tidak mempunyai sumber asli yang banyak.

"Di samping itu, pembangunan infrastruktur turut diperlukan khususnya pembinaan jajaran jalan raya yang lebih sistematik seperti pembinaan laluan lingkaran luar bagi mengatasi kesesakan teruk setiap minggu.

"Dalam sektor pelancongan juga perlu mendapat sokongan padu dalam usaha untuk Melaka terus kekal menjadi destinasi utama tarikan pelancong dari dalam dan luar negara," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Idris berkata, kerajaan negeri telah membuktikan beberapa projek mega yang dilaksanakan oleh sektor swasta seperti Melaka Gateway telah dijadikan sebagai projek nasional bagi pembangunan ekonomi di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri juga berhasrat untuk membina pelabuhan moden dan tercanggih dalam usaha untuk mengembalikan Melaka sebagai laluan utama perdagangan di zaman penjajahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.