saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 10/10/2014

Polis timbang URB di setiap daerah

TAMPIN 9 Okt. - Pelaksanaan Unit Rondaan Bermotor (URB) di setiap daerah kini dalam pertimbangan polis sebagai usaha memerangi jenayah di negeri ini di bawah Jawatankuasa Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti negeri, Asisten Komisioner, Che Man Md. Dros berkata, buat masa ini URB telah dijalankan di tiga kawasan iaitu dua di Seremban dan satu di Nilai.

"URB kini ditempatkan di kawasan berisiko serta perlakuan kadar jenayah yang tinggi terlebih dahulu manakala pelaksanaan unit ini di setiap daerah masih dalam pertimbangan.

"Namun bagi daerah lain kita mempunyai MPV (kenderaan pelbagai guna) untuk melakukan rondaan, pemantauan jenayah, selain berjumpa serta mendekati masyarakat," katanya di sini semalam.

Menurutnya, apa yang lebih penting ialah kerjasama orang ramai ke arah membantu JPJKK dalam membanteras jenayah di kawasan komuniti.

"Orang ramai perlu memainkan peranan menjadi mata dan telinga polis iaitu menyalurkan maklumat dengan pantas, sekali gus membantu pihak berkuasa menumpaskan aktiviti jenayah.

"Kerjasama orang ramai amat ditagih kerana sedikit-sebanyak membolehkan kegiatan jenayah dapat dibanteras secara cekap, pantas dan efisien," ujarnya.

Menjelaskan peranan JPJKK, Che Man berkata, anggota polis perlu menjalinkan hubungan rapat antara penduduk setempat untuk mereka saling berhubung.

"Kita akan menempatkan anggota sektor di setiap kawasan perumahan yang membolehkan anggota berkenaan sentiasa berhubung dengan masyarakat.

"Jika timbul sebarang kes atau aduan, anggota sektor ini bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat, menyiasat sebelum mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 6:59
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.