saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 13/10/2014

Penerima AKHP bantu pengguna hadapi kos sara hidup

SEREMBAN 12 Okt. - Sebanyak 41 premis niaga di negeri ini baru-baru ini menerima Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) bagi tahun ini.

Ini adalah sebahagian daripada 68 premis yang layak menerima anugerah itu tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 26 premis adalah kategori barangan pengguna, premis bagi kategori pasar raya (22), premis pasar basah (4) dan kategori makanan (16).

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Mohd. Salleh Ma'amor berkata, premis yang terpilih itu menawarkan barangan pada harga berpatutan dan berdaya saing, setanding dengan kualiti barangan ditawarkan.

"AKHP memberi pengiktirafan kepada para peniaga yang sentiasa memastikan kualiti, nilai dan perkhidmatan yang diberikan memenuhi kehendak serta keperluan pengguna, selain ditawarkan pada harga berpatutan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis AKHP 2014 dan Taklimat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Klana Resort, Seremban dekat sini baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza.

Menurut Salleh, cabaran pengguna hari ini adalah kenaikan kos sara hidup dan pengusaha kedai harga patut menjadi platform kerajaan bagi membantu rakyat.

"Kerajaan amat mengalu-alukan pengusaha membantu pengguna dalam menghadapi kos sara hidup yang dilihat pada masa ini semakin tinggi.

"Pengguna mesti bijak mencari kedai yang menawarkan harga patut kerana kerajaan telah menyediakan insentif dan pilihan kepada pengguna," jelasnya.

AKHP mula dilaksanakan pada 23 Januari tahun ini yang melibatkan 269 premis di seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.