saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 13/10/2014

Bapa besarkan tiga anak sendirian selepas ditinggal isteri

SEREMBAN 12 Okt. - Seorang bapa, Sheikh Mahathir Hassan, 33, terpaksa membesarkan tiga anak lelaki berusia dua hingga enam tahun secara bersendirian sejak setahun lalu selepas isterinya, Mahani Abdul Kadir, 30-an, menghilangkan diri tanpa sebarang pesan.

Lelaki yang berasal dari Alor Gajah, Melaka itu berkata, sejak ketiadaan isterinya, dia terpaksa mengambil alih tugas menguruskan anak-anak termasuk menjaga Saifuldin Azimanamani dan Saifuldin Nazamie yang masing-masing ketika itu berusia tiga tahun dan 12 bulan.

"Selepas isteri tiada, kami empat beranak hidup berpindah-randah. dari Kota Tinggi ke Muar, Johor seterusnya Melaka dan Negeri Sembilan.

"Kadang-kadang kami tidur dalam kereta kepunyaan adik selama beberapa hari apabila tiada tempat berteduh kerana saya tidak mampu membayar sewa rumah," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Paroi di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum ini dia melakukan pelbagai pekerjaan termasuk mekanik dan mencuci kenderaan, namun tidak dapat bertahan lama dan terpaksa berhenti memandangkan tiada orang untuk menguruskan tiga anaknya yang masih kecil.

Mahathir memberitahu, beliau terpaksa membawa anak-anaknya mencari besi buruk di sekitar daerah ini untuk dijual bagi membeli makanan, susu bayi dan lampin pakai buang bagi meneruskan kehidupan.

Dia kini menjadi lebih tertekan memandangkan anak sulungnya, Saifuldin Hakimie akan bersekolah pada tahun hadapan.

"Saya buntu kerana sijil kelahirannya dibawa oleh isteri. Saya tidak tahu di mana dia berada sekarang. Saya cuba mencari dan menghubunginya tetapi gagal," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza dalam lawatannya berkata, kedaifan keluarga Mahathir mendapat perhatian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri dan Jabatan Pendidikan yang datang ke rumah lelaki itu baru-baru ini.

"Selain itu, kita turut menyampaikan barangan keperluan, makanan dan wang hasil sumbangan orang ramai yang bersimpati dengan nasib Mahathir," katanya yang merupakan Ahli Dewangan Undangan Negeri Ampangan.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Ampangan di talian 06-762 9662.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.