saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 14/10/2014

Pemeriksaan berkala jejantas

Idris Haron menyerahkan replika kunci rumah kepada Jamilah Omar dalam majlis Penyerahan Kunci Rumah di Bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ketujuh (NBOS-7) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri di Alor Gajah, Melaka, semalam.

ALOR GAJAH 13 Okt. - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa agar dapat melaksanakan pemeriksaan secara berkala terhadap jejantas-jejantas yang terdapat di negeri ini agar dapat menjamin keselamatan orang ramai termasuk pengguna jalan raya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pemantauan secara kerap dan berterusan itu penting bagi memastikan tidak timbul kejadian yang mengancam keselamat­an pengguna seperti yang berlaku di Johor semalam.

Menurutnya, walaupun apa yang berlaku itu adalah kejadian tidak diduga, namun dari segi pengurusan pentadbiran keselamatan pekerjaan, ini perlu ada satu sistem semakan terperinci.

"Jika PBT atau pihak yang berke­naan sentiasa memantau dan memeriksa struktur binaan termasuk bumbung dan sebagainya, saya yakin­ kejadian seperti itu boleh dielakkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis Penyerahan Kunci Rumah di Bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ketujuh (NBOS-7) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri di Jalan Hospital di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Amer Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman.

Jelas Idris, selain jejantas, binaan-binaan lain terutamanya yang bersifat tinggi perlu juga dipantau kerana dibimbangi boleh mengundang malapetaka kepada pengguna jika kurang diselia.

"Jangan bila sudah berlaku kejadian tidak diingini baru kita mahu bertindak dan memantaunya. Ini mesti dilaksanakan secara berterus­an," ujar beliau.

Sementara itu dalam majlis ter­sebut, Idris turut menyampaikan kunci rumah baharu kepada Jamilah Omar yang terpilih menerima bantuan setelah kediamannya musnah dalam kebakaran.

"Kerajaan negeri merakam penghargaan tidak terhingga kepada Kementerian Kesejahte­raan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana memilih Melaka bagi melaksanakan NBOS-7 itu dan secara tidak langsung membantu meringankan beban mangsa terutamanya mereka yang kurang berkemampuan," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.