saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 14/10/2014

Beri lesen bukan 'lesen besar' lakukan kesalahan

Arifin Che Mat (tiga dari kanan) dan Yunus Rahmat (lima dari kanan) bersama-sama sebahagian penerima Lesen Memandu Percubaan Motosikal (kelas B2) dalam majlis penutupan program Satu Komuniti Satu JPJ Dun Pertang di Simpang Pertang, kelmarin.

JELEBU 13 Okt. - Pengguna jalan raya yang baru mendapat lesen memandu mahupun menunggang motosikal diingatkan supaya tidak menjadikan lesen yang diperoleh itu untuk melakukan apa sahaja kesalahan di atas jalan raya.

Timbalan Ketua Pengarah Jaba­tan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Arifin Che Mat menegaskan, lesen memandu yang diberikan kepada pengguna layak itu bertujuan memudahkan urusan ha­rian mereka dengan syarat sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

"Jangan jadikan pemberian lesen hari ini sebagai 'lesen besar' untuk melakukan apa sahaja tindakan salah di atas jalan raya.

"JPJ amat komited untuk memberikan perkhidmatan yang baik, memudahkan rakyat tetapi pada masa yang sama tidak pernah berkompromi dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di jalan raya," katanya semasa penutupan program Satu Komuniti Satu JPJ Dewan Undang­an Negeri (DUN) Pertang di Kompleks UMNO Bahagian Jelebu, Simpang Pertang dekat sini semalam.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat mewakili ADUN Pertang, Datuk Jalaluddin Alias; Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah; Pegawai Daerah Je­lebu, Mohamed Roduan Ujang dan Ketua Polis Daerah Je­lebu, Deputi Supritendan Setapa Yusoff.

Kata Arifin, lebih utama lagi kepada mereka yang baru menerima lesen penuh menunggang motosikal, pematuhan undang-undang jalan raya amat ditititberatkan.

"Lesen menunggang motosikal yang diberikan ini bertujuan untuk memastikan mereka berada di atas jalan raya dalam kea­daan lebih yakin. Kita berharap golong­an ini dapat membantu pihak berkuasa mengurangkan kadar kemalangan dengan memastikan peraturan yang ditetapkan dipatuhi," tegasnya.

Sementara itu dalam program yang berlangsung semalam, seramai 281 golongan warga emas diberiken Lesen Memandu Percubaan Motosikal (kelas B2) bagi memudahkan aktiviti harian.

Mereka terdiri daripada 65 pene­rima berbangsa Melayu, tujuh (India) dan 209 (Orang Asli) yang kese­muanya berusia 45 tahun ke atas.

"Kita adakan program ini untuk membantu warga emas me­ngurangkan kos yang tinggi jika mengikuti prosedur penuh kelas menunggang motosikal di institut memandu.

"Selain itu, dengan mengambil kira penunggang motosikal serta pembonceng sangat berisiko tinggi di atas jalan raya, maka dengan pemberian lesen itu mereka akan bertambah yakin untuk menunggang cara berhemah dan selamat," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.