saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 14/10/2014

18,916 calon duduki PT3 di NS

RASAH 13 Okt. - Seramai 18,916 orang calon daripada 120 buah pusat peperiksaan di seluruh negeri ini menduduki ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang bermula hari ini hingga 16 Oktober.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid berkata, pagi ini seluruh sekolah di ne­geri ini memulakan kertas yang pertama iaitu Bahasa Melayu.

"Dari segi pengurusan, PT3 dilaksanakan sama seperti peperiksaan awam termasuklah segi kerahsiaan dengan penuh integriti oleh pihak sekolah,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau perjalanan peperiksaan PT3 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pagi dekat sini hari ini.

Kata Kalsom, semua sekolah menerima beberapa set soalan yang sama daripada Lembaga Perperiksaan Malaysia (LPM), namun pihak sekolah akan memilih soalan mana yang akan dicetak untuk dijawab oleh pelajar.

"Ini selaras dengan pelan pembangunan pendidikan negara yang ingin melahirkan pelajar holistik berasaskan enam aspirasi pelajar iaitu kemahiran pengetahuan, berfikir, kepimpinan, dwibahasa, nilai etika, dan mempunyai identiti nasional," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.