saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 14/10/2014

Suspek rempuh polis ada lapan rekod jenayah

Abdul Rahman Jid (kanan) menyerahkan tongkat kuasa kepada Muhammad Ismail Muhammad Yusof (kiri) sambil disaksikan Chuah Ghee Lye (tengah) di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Melaka, semalam.

ALOR GAJAH 13 Okt. - Seorang penjenayah yang maut akibat kemalangan jalan raya selepas cuba me­rempuh anggota polis di Jalan Syed Abdul Aziz dekat Limbongan di sini semalam dikesan mempunyai lapan rekod jenayah lampau.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, lelaki berumur 41 tahun berasal dari Lorong Pandan di sini pernah ditahan atas kesalahan melibatkan kes dadah dan kecurian sejak 1995.

Menurutnya, selain itu, suspek yang juga penumpang kereta ber­kenaan adalah bekas tahanan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) berhubung kes dadah.

"Rakannya yang berumur 23 tahun dan merupakan pemandu kereta tersebut mengalami kecederaan di bahagian kepala dan turut didapati mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan jenayah pecah rumah di Pandamaran dekat Klang, Selangor dan kes curi di Bandar Baharu, Kedah pada 2004.

"Kita masih menjalankan siasat­an terperinci berhubung kes ini da­ri semua aspek," katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan maj lis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Alor Gajah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Supritendan Abd. Rahman Jid yang sebelum ini memangku jawatan Ketua Polis Daerah dinaikkan pangkat dan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Perlis sebagai Ketua Jabatan Pengurusan.

Tempat beliau digantikan bekas Ketua Turus D4 (Risikan Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Supritendan Muhammad Ismail Muhammad Yusof.

Mengulas lanjut tentang kes itu jelas Ghee Lye, anggota trafik berpangkat koperal berumur 39 tahun terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan dinaiki kedua-dua penjenayah yang cuba melanggar mangsa sehingga terjatuh.

"Pada mulanya penjenayah berhenti secara mengejut sehingga menyebabkan anggota trafik berkenaan melanggar bahagian belakang kereta tersebut sebelum terjatuh. Mereka kemudian berpatah balik dan cuba melanggar anggota ber­kenaan," katanya.

Beliau berkata, suspek berkenaan kini sedang disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang semalam, kedua-dua lelaki tersebut yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona tidak berhenti ketika sekatan jalan raya yang dijalankan di Jalan Laksamana di sini sebelum dikesan seorang anggota trafik yang cuba menahan kenderaan berkenaan di Jalan Syed Abdul Aziz.

Bagaimapun, pemandu tersebut­ enggan memberhentikan kendera­an dan bertindak menghimpit motosikal peronda anggota trafik berpangkat koperal tersebut sehingga menyebabkannya terjatuh dan me­ng­alami kecederaan sebelum kereta berkenaan terbabas dan merempuh sebuah jengkaut.

Kemalangan itu menyebabkan pe­numpang kereta tersebut mening­gal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya cedera parah di bahagian kepala dan dada sementara anggota polis berkenaan cedera di tapak tangan dan bahu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.