saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 15/10/2014

Wanita perlu berani menjadi generasi kreatif

SEREMBAN 14 Okt. - Melahirkan generasi wanita berkemahiran dan kreatif yang mampu menghasilkan produk kraftangan bermutu mampu menjana pendapatan dalam kehidup­an seharian.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, minda rakyat perlu diperluaskan dengan bentuk kemahiran kreatif dan tidak hanya tertumpu dalam kehidupan konvensional semata-mata.

"Apabila minda kita lebih terbuka, khususnya kaum wanita, maka kita akan dapat melihat cara pemikiran mereka juga berubah dalam membantu kehidupan keluarga melalui bidang perniagaan baharu berkonsepkan kraftangan yang bermutu.

"Maka, wanita pada hari ini hendaklah berani menghadapi pemikiran kreatif serta melibatkan diri dengan serius apa sahaja usaha yang dapat menjana pendapatan keluarga, lebih-lebih lagi produk itu boleh diusahakan sendiri di rumah masing-masing," katanya di Seremban Jaya dekat sini hari ini.

Norhayati berkata demikian selepas merasmikan Kursus Bonsai Manik anjuran Yayasan Pembangunan Sosial dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dan Kelab Peminat MGR Negeri Sembilan.

Katanya, produk seperti bonsai manik ini mampu memberikan kelainan dalam pasaran perniagaan, jika ia dibuat dalam skala besar.

"Kita optimis, apabila usaha itu dijalankan oleh wanita, khususnya suri rumah, ia kemudiannya dipasarkan ke peringkat yang lebih tinggi, maka hasilnya kelak dapat dikembalikan untuk pembangunan keluarga," jelasnya.

Pada masa yang sama, Norhayati mahu penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut sama aktif memainkan peranan membantu golongan wanita mengembangkan bakat sedia ada sekali gus menstruktur pembangunan itu dalam bentuk perniagaan besar.

Dalam program yang berlangsung itu, sebanyak 55 wanita kaum India telah mengambil bahagian dalam kursus yang dianjurkan tersebut.

Pengurus Besar YPS, B. Krishna Kumar berkata, sehingga kini pihaknya telah pun melatih sejumlah 3,742 orang peserta dari kaum India dalam pelbagai kemahiran yang dijalankan seluruh negara.

"Berdasarkan pemantauan yang dibuat, sepanjang tahun lepas pe­ningkatan sebanyak 78.08 peratus pelatih yang mengikuti program YPS telah berjaya dalam program yang dianjurkan," katanya.

Katanya, setiap daripada pelatih tersebut mempunyai beberapa tahap iaitu amat memuaskan, memuaskan serta tidak memuaskan.

"Tahap kejayaan mereka diukur berdasarkan keupayaan membuka perniagaan untuk menjana pendapatan sendiri, manakala untuk pelatih yang berada di tahap tidak memuaskan kita akan kenal pasti masalah tersebut serta membantu untuk mengatasinya," jelas Krishna.

Dalam pada itu, peserta kursus bonsai manik, P. Pakiam, 50, berkata, sebagai ibu tunggal dia berasa gembira kerana dapat mengikuti program kemahiran seperti ini.

"Saya ingin terus belajar supaya dapat menerima tempahan orang ramai dan ini dapat membantu meringankan kehidupan keluarga," katanya.

Tenaga pengajar kursus bonsai manik, P. Parvathe, 56, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk mengajar kerana mereka mudah memahami kreativiti dan tekniknya.

"Saya yakin selepas mereka berjaya dalam kursus ini, ada dalam kalangan peserta akan membuka perniagaan sendiri, mahupun menjadi tenaga pengajar kepada peserta lain kelak," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.