saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 16/10/2014

Pengedar dadah 'King' dicekup

HAMZAH Alias (dua dari kanan) bersama anggotanya menunjukan dadah yang dirampas daripada 'King' dalam satu serbuan di kebun sawit Felda Palong Enam, Jempol di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

JEMPOL 15 Okt. - Polis menahan ketua pengedar dadah yang digelar 'King' bersama tiga ahli kumpulannya dalam serbuan di kebun kelapa sawit Felda Palong Enam, dekat sini Isnin lalu.

Serbuan pada pukul 11.42 malam itu melibatkan 13 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah di sini dengan bantuan sepasukan Polis Bantuan Felda.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Hamzah Alias berkata, ketika ditahan 'King' yang merupakan suspek utama dalam kes pengedaran dadah di kawasan ini serta tiga ahli kumpulannya sedang merancang untuk mengedar dadah.

"Semasa serbuan, 'King' baru sahaja selesai mengagihkan bahan terlarang itu kepada ahli kumpulannya. Mereka cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di sini hari ini.

Kata Hamzah, berikutan penahanan itu, pihaknya berjaya merampas 500 gram dadah jenis heroin yang diletakkan dalam sebuah plastik besar, 80 paket plastik lut sinar dengan berat dianggarkan 143.75 gram serta lima tiub dadah yang dianggarkan bernilai RM15,000.

"Polis turut merampas dua buah motosikal. Kumpulan ini dipercayai bergerak aktif lebih kurang dua tahun lalu dan dipercayai mendapatkan bahan larangan tersebut dari sebuah negeri," katanya.

Hamzah berkata, kesemua suspek yang berusia antara 26 tahun hingga 41 tahun mempunyai rekod jenayah lampau dan dua daripada mereka mempunyai antara lapan hingga sembilan rekod kes dadah.

"Mereka yang ditahan positif dadah dan direman sejak semalam sehingga 18 Oktober ini untuk siasatan lanjut. Dua daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua lagi disiasat mengikut Seksyen 39A (1) akta yang sama," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.