saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 16/10/2014

Kerjasama tingkat pelancongan tempatan

MOHAmMAD Razi Kail (atas, tujuh dari kanan), Pengarah Tourism Negeri Sembilan, Zaidi Kassim (atas, enam dari kanan) dan Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Nor Aida Ismail (atas lapan dari kanan) bergambar bersama penggiat industri pelancongan di Program Misi Jualan 'Kelantan Delight Sales Mission' di Hotel Palm Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - UTUSAN/MUHAMMAD ASYRAF AZLAN

SEREMBAN 15 Okt. - Penggiat sektor pelancongan boleh bertemu dan mendapatkan pelbagai maklumat melalui misi perdagangan `Kelantan Delight Sales Mission' yang berlangsung di Hotel Palm Seremban, di sini.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS), Datuk Mohammad Razi Kail berkata, dengan misi ini kedua-dua pihak boleh memperkenalkan produk masing-masing untuk menarik kedatangan pelancongan di negeri ini dan Kelantan.

"Program yang dianjurkan Tourism Malaysia negeri ini dan juga Tourism Malaysia Kelantan akan memberi keuntungan kedua-dua pihak dalam mempromosikan pakej dan lokasi pelancongan di negeri masing-masing.

"Ini adalah kali pertama diadakan dan diharap ia membuahkan hasil yang lebih besar dan keuntungan yang berlipat kali ganda, sekali gus mencapai hasrat kempen cuti-cuti 1Malaysia dicapai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program tersebut di sini hari ini.

Kata Mohammad Razi lagi, selain itu, pengaliran wang ke luar negara dapat dikurangkan melalui tarikan kemasukan pelancong ke dalam negeri.

"Saya mengalu-alukan hasrat pihak Kementerian Pelancongan juga kerajaan negeri dalam melihat lebih ramai lagi pelancong datang ke Negeri Sembilan ini," katanya.

Menurut Mohamad Razi, pihak LPNS dengan kerjasama Tourism Malaysia negeri akan mengadakan kunjungan ke negeri lain bagi mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di Negeri Sembilan.

"Kadangkala pelancong bukan tidak mahu untuk berkunjung ke negeri ini tetapi mereka tidak mempunyai maklumat mengenai pakej dan produk yang disediakan di sini," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:45



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.