saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 16/10/2014

Melaka rintis kempen keselamatan kanak-kanak

Rohani Abdul Karim (tiga dri kiri) bersama Latipah Omar (empat dari kanan) tertarik dengan keletah kanak-kanak tabika dengan pakaian kerjaya masing-masing pada majlis perasmian Kempen Keselamatan Kanak-kanak, Sahabat Bijak, 'Safe & Protect' di SRJK(C) Cheng, Melaka, kelmarin. - UTUSAN/AZLI AHAD

MELAKA 15 Okt. - Kempen keselamatan kanak-kanak yang dilancarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di negeri ini dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat bakal menjadi perintis pelaksanaan program sama di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar berkata, kempen peringkat kebangsaan bagi fasa pertama yang melibatkan murid sekolah rendah itu akan diadakan bermula bulan ini sehingga hujung Disember hadapan.

Menurutnya, program dengan kerjasama pelbagai agensi itu seterusnya akan dilaksanakan pula di lima buah sekolah rendah lagi di negeri lain sehingga tamat fasa pertama pada Oktober 2015.

"Sebagai negeri perintis pelaksanaan kempen ini, Melaka akan dijadikan 'role-model' serta panduan bagi penambahbaikan sebelum program sama dilaksanakan di negeri-negeri lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Bijak 'Safe and Protect' yang disempurnakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Cheng, di sini semalam.

Yang hadir sama Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Sabariah Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Norani Mohd. Hashim.

Kementerian melalui JKM kemudian akan memperluaskan pula kempen ini bagi fasa kedua ke peringkat sekolah menengah, pusat aktiviti kanak-kanak dan lain-lain tempat pada masa akan datang.

Jelas Latipah, kerajaan negeri menyokong pelaksanaan kempen tersebut yang tepat pada masanya malah selari dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan kes penderaan serta pengabaian kanak-kanak di negara ini.

Beliau berkata, kempen itu merupakan medium bagi memastikan aspek keselamatan dan perlindungan kanak-kanak sentiasa diberi perhatian agar kumpulan tersebut terlindung daripada sebarang keganasan dan unsur tidak sihat

"Kanak-kanak perlu dilindungi daripada pengabaian, penderaan dan gejala negatif agar mereka dapat menikmati kelangsungan hidup yang sempurna dalam suasana kondusif seterusnya membersar menjadi insan cemerlang," ujarnya.

Tambahnya, kempen tersebut akan diberi perhatian serius serta dipantau secara dekat dan menjadi agenda utama dalam portfolio wanita, pembangunan keluarga dan hal ehwal kebajikan negeri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zuhur 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.