saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 16/10/2014

NRC 2014 pemangkin robotik tempatan

Kontingen Johor yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah menengah Sains Kota Tinggi, Johor gembira selepas dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2014 di Port Dickson, baru-baru ini.

TELOK KEMANG 15 Okt. - Saban tahun penganjuran Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) kian memberi impak dalam memupuk minat pelajar terhadap bidang sains dan teknologi, khususnya dalam industri robotik yang semakin pantas perkembangan inovasinya.

Ini kerana, NRC merupakan platform terbaik bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam melahirkan generasi yang mempunyai kepakaran dan berkemahiran tinggi, berpengetahuan, inovatif, dinamik serta mampu bersaing dalam bidang sains dan teknologi setanding dengan negara maju lain.

Usaha ini amat penting kerana setiap minit yang berlalu ada sahaja penemuan baharu yang dihasilkan oleh para pencipta robot di seluruh dunia terutamanya di negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan Amerika Syarikat.

Melalui pertandingan ini, peserta seawal usia tujuh hingga 18 tahun dilatih dan dibimbing untuk menggunakan pemikiran aras tinggi (Higher Order Thinking Skills - HOTS), di samping memikirkan pelbagai strategi untuk mereka bentuk dan membina robot yang tercanggih.

Maka adalah amat bertepatan dengan inisiatif Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Sasbadi Holdings Berhad untuk meneruskan penganjuran NRC 2014 yang kini masuk tahun ke-10 penganjurannya sejak 2005.

Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Datuk Kalsom Khalid bertanyakan sesuatu kepada pegawai yang bertugas mengenai robot yang dipamerkan pada Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2014 di Port Dickson, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan, Malaysia kini sedang menuju ke arah negara maju menjelang 2020, maka perkembangan sains, teknologi dan inovasi adalah penting bagi melahirkan generasi yang mempunyai pelbagai kemahiran.

"Ini diperkukuhkan lagi dengan kemampuan negara menyediakan kemudahan peralatan dan teknologi yang setanding dengan negara lain.

"Kita tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan sains dan teknologi termasuklah bidang robotik," katanya ketika berucap dalam penutupan NRC 2014 di Port Dickson dekat sini baru-baru ini.

Jelasnya, pada asasnya NRC bertujuan memupuk minat serta meningkatkan kecemerlangan pelajar di bandar serta di luar bandar dalam bidang robotik, sains dan teknologi, selain memperkukuh konsep-konsep pembelajaran sains dan matematik yang dipelajari.

"Pertandingan ini membuka peluang kepada pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran secara 'hands on' demi memperkembang potensi kreativiti, kemahiran membuat keputusan, menyelesaikan masalah, mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan berinovasi serta kemahiran menggunakan komputer untuk memprogramkan robot masing-masing.

"Penyertaan pelajar sekolah dari bandar dan luar bandar ini mampu merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan supaya jurang pengetahuan, pendedahan, pengalaman, dan kemahiran dapat dikecilkan," ujarnya.

Tambahnya, NRC 2014 merupakan medan untuk memilih peserta berpotensi bagi mewakili negara ke pertandingan World Robot Olympiad 2014 yang akan diadakan di Sochi, Rusia pada hujung tahun ini.

"Sehingga hari ini Kontinjen Malaysia telah berjaya merangkul gelaran Juara Keseluruhan WRO sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2009 di Pohang, Korea Selatan, 2010 (Manila, Filipina), 2012 (Kuala Lumpur) dan tahun lalu (Jakarta, Indonesia).

"Untuk pertandingan World Robot Olympiad (WRO) di Rusia, saya berharap penampilan setiap pasukan harus mencerminkan tahap keupayaan, kompetensi dan penguasaan masing-masing terhadap konsep, prinsip dan aplikasi ilmu dan kemahiran yang dikuasai.

Katanya, beliau pasti semua orang mengharapkan kejayaan. Pada hakikatnya semua adalah pemenang. Besarlah harapan seluruh rakyat Malaysia agar pasukan yang akan mewakili negara nanti akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di WRO 2014 di Rusia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.