saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 17/10/2014

Tanah Merah kawasan baharu industri

MOHAMAD Hasan (tiga dari kanan), Saw Choo Boon (kanan sekali) dan Steven Aroki (empat dari kiri) bergambar bersama penerima cenderamata perkhidmatan terbaik pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-13 (FMMNS) di Seremban, semalam.

SEREMBAN 16 Okt. - Lebih 2023.4 hektar kawasan sekitar Tanah Merah dekat Lukut akan dibuka sebagai kawasan baharu perindustrian di negeri ini bagi merancakkan iklim pelaburan bertepatan dengan Dasar Mesar Pelabur oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pembukaan kawasan yang dillihat strategik itu dilihat mampu untuk menampung kepesatan sektor peindustrian yang dilihat semakin padat di kawasan Lembah Klang.

Kata beliau, kawasan seperti di Lukut, Port Dickson dan Nilai merupakan satu kawasan baharu yang dilihat berupaya menjadi lokasi baharu buat para pelabur untuk dijadikan sebagai destinasi meluaskan pasaran mahupun mengembangkan syarikat.

"Walaupun kita mengalu-alukan kedatangan pelaburan di negeri ini namun amat selektif iaitu mengutamakan industri teknologi hijau. Kita tidak mahu nanti biarpun gah dengan pembangunan tetapi ketepikan soal alam sekitar.

"Menerusi dasar ini juga kita mahu letakkan kawasan industri ini di kawasan hiliran iaitu jika berlaku apa-apa masalah tidak akan menganggu gugat sumber alam sekitar termasuklah punca air," katanya.

Mohamad berkata demikian ketika berucap dalam majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-13 Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (FMMNS) di Klana Resort, Seremban di sini, semalam.

Yang turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif; Pengerusi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia, Datuk Saw Choo Boon dan Pengerusi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia cawangan Negeri Sembilan, Steven Aroki.

Ketika berucap pada majlis itu, Mohamad turut menjelaskan, ekonomi negara ketika ini bergantung kepada sektor pembuatan dan perindustrian dengan menyumbang Keluaran Dalam Negara (GDP) sebanyak 52 peratus.

Justeru, kata beliau, adalah penting bagi kerajaan negeri memastikan kemampanan dua sektor berkenaan diberikan perhatian menerusi dasar menang-menang kepada kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, Mohamad juga mengaskan supaya semua pengusaha tidak terkeliru dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan pada April tahun depan.

"Pengenalan cukai ini bukan satu langkah yang disukai oleh rakyat namun pelaksanaannya bakal menambah kecekapan sistem pencukaian negara. Malah juga telah dipratikkan di beberapa negara termasuk negara jiran.

"GST juga membolehkan sistem kutipan cukai menjadi lebih telus selain itu dengan kadar enam peratus kerajaan dijangka mengutip RM30 bilion lagi dalam bentuk cukai setiap tahun," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:32
Maghrib 7:05
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.