saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 17/10/2014

Pendidikan mampu mengubah landskap negara

IDRIS Haron (duduk, tengah) bergambar bersama peserta selepas merasmikan Seminar Penyelidikan Kebangsaan Zon Selatan di Banda Hilir, kelmarin.

MELAKA 16 Okt. - Landskap politik, sosial dan ekonomi sesebuah negara mampu diubah ke arah yang lebih baik sekiranya seluruh rakyat menitikberatkan soal pendidikan yang merupakan kunci utama dalam menjana pertumbuhan negara bangsa bertamadun.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kekuatan sesebuah negara bukan diukur dengan kemampuan aset pertahanan semata-mata tetapi kebolehan pemimpinnya mentadbir yang memerlukan kepada penguasaan ilmu pengetahuan dalam bidang berkenaan.

Menurutnya, tidak akan lahir pemimpin berwibawa dan bijaksana serta pekerja mahir yang berkaliber sekiranya mereka tidak menjalani proses pendidikan sempurna.

"Rakyat kini mula menyedari bahawa penguasaan ilmu berupaya mengukuhkan ekonomi, mengembangkan sosio budaya, membangunkan tamadun sesebuah bangsa dan melalui ilmu yang diperoleh secara langsung atau tidak, mampu merubah taraf kehidupan seseorang.

"Tidak dinafikan bahawa dengan ilmu dan usaha keras sesorang dapat mambawa diri mereka serta keluarga keluar daripada kepompong kemiskinan," katanya ketika berucap dalam majlis penutup Seminar Penyelidikan Kebangsaan Zon Selatan di Banda Hilir, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia, Dr. Mohamad Nor Mohamad Taib dan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, Tumerah Rosmin.

Idris berkata, masyarakat perlu merebut peluang untuk menjana pengetahuan sama ada melalui institusi pengajian atau pusat pendidikan berteraskan kemahiran kerana tenaga kerja mahir semakin diperlukan negara selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat.

Beliau berkata, kerajaan sejak dahulu sentiasa meletakkan bidang pendidikan sebagai keutamaan dan melaksanakan pelbagai inisiatif dalam melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang akademik malah berkemahiran teknikal dan juga insaniah.

"Penghasilan modal insan unggul adalah penting ke arah pembentukan masyarakat dan negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, ini bermakna kualiti graduan mesti diperkukuhkan terutama dalam aspek kemahiran pemikiran, penyelesaian masalah dan komunikasi lisan," katanya.

Tambahnya, melalui pelaksana­an Pelan Kebolehpasaran Graduan 2012-2017 yang dilancarkan kerajaan akan merancakkan lagi bidang pendidikan kerana salah satu matlamatnya adalah memenuhi keperluan guna tenaga profesional dan mahir bagi pembangunan negara.

Katanya, pelan tersebut adalah bagi mewujudkan sistem pendidikan yang mampu melahirkan modal insan berkualiti, berdaya saing secara global serta memenuhi keperluan negara selain membuka peluang kepada graduan mengecapi kerja impian mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.