19 November 2018
 
 
 

 

 

 KEPUTUSAN 17/09/2001
Malaysia juara Sukan SEA XXI

Malaysia juara Sukan SEA XXI

KUALA LUMPUR 17 Sept - Malaysia muncul sebagai juara keseluruhan Sukan SEA XXI dengan mengumpulkan 111 pingat emas setelah berakhirnya hari kesepuluh dan terakhir sukan itu hari ini.

Para atlet malaysia menambah tiga lagi emas kepada jumlah pungutan akhir pingat emas negara hari ini.

Pada hari Sabtu lalu, Malaysia dan Thailand telah berkongsi jumlah pingat emas yang memaksa Malaysia turun ke tangga kedua kerana Thailand memenangi 72 pingat perak berbanding Malaysia 64.

Bagaimanapun pada hari itu, Malaysia telah berjaya melepasi sasaran 80 emas yang telah ditetapkan untuk kontijen negara.

Malaysia menduduki tangga kedua pada hari pertama temasya sukan.

Negara 		EMAS 	PERAK 	GANGSA 	Jumlah

MALAYSIA 111 75 85 271

Thailand 103 86 89 278

Indonesia 72 74 80 226

Vietnam 33 35 64 132

Filipina 30 66 67 163

Singapura 22 31 42 95

Myanmar 19 14 53 86

Laos 1 3 7 11

Kemboja 1 1 5 7

Brunei 0 5 6 11

Nota: Dua pingat emas diberi dalam acara wusyu (lelaki jianshu)

Dua pingat emas diberi dalam acara wusyu (lelaki qiangshu)

Dua pingat perak diberi dalam acara wusyu (lelaki changquan)

Dua pingat perak diberi dalam acara lelaki lombol (gimnastik)

Tiada pingat diberi dalam acara menembak (wanita skeet berpasukan)

 
Tajuk-tajuk Berita
  • Malaysia juara selepas bolot 111 emas
  • Malaysia juara Sukan SEA XXI


  • © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
    E-mail: [email protected]