21 Januari 2019

ARKIB :: RENCANA

Imam raih kuasa di Baghdad
25/04/2003 »
BERIKUTAN pihak berkuasa tempatan di daerah Aadhamiya, Baghdad tiada pengaruh lagi, imam-imam di Masjid Abu Hanifa mula mengambil alih tugas itu untuk mengembalikan undang-undang di daerah tersebut yang musnah kerana peperangan.

Saintis Islam terpaksa berkhidmat di AS
25/04/2003 »
Peperangan ini sangat menarik jika kita ingin merenung dengan penuh keinsafan. Amerika Syarikat (AS) telah berjaya menggabungkan seluruh perkembangan teknologinya dalam peperangan ini.

Pakatan rapat politik-bisnes di Amerika Syarikat
25/04/2003 »
Sejak bermulanya tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) berikutan peristiwa 11 September, analisis terhadap rangkaian tentera dan industri dan kronisme di negara itu banyak tertumpu pada hubungan rapat ahli-ahli politik parti Republikan pentadbiran Presiden George W. Bush - dan tokoh parti itu dari era dua presiden Republikan sebelum ini - dengan kontraktor-kontraktor pertahanan dan korporat lain.

Syria kagumi Malaysia
24/04/2003 »
(DAMSYIK, SYRIA) Dasar luar Malaysia yang realistik di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan imej Malaysia di luar negara cukup disenangi terutama di Syria.

Kekesalan pascaperang
24/04/2003 »
Dunia sekarang sedang mentertawakan pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan Britain, apabila jerat sekatan ekonomi yang dipasang mereka terbidas kepada muka sendiri. Sekarang kita boleh menjangkakan bahawa dana peperangan dan pembangunan semula Iraq adalah merupakan belanja hangus AS.

OIC perlu sekuat NATO, EU
24/04/2003 »
Pada 9 April 2003, seluruh dunia menyaksikan rejim Saddam Hussein tumbang dengan mudah di tangan tentera pakatan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia.

AS tercari-cari senjata pemusnah
22/04/2003 »
Pentas Dunia Oleh Badrul Azhar Rahman Dunia berhak bertanya kepada Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Britain, di manakah senjata-senjata pemusnahan besar-besaran yang dimiliki oleh Iraq. Setelah lebih sebulan perang Iraq berlalu, apakah kejayaan AS dalam misinya mencari senjata-senjata itu?

Mencari laporan perang seimbang
22/04/2003 »
PERANG Amerika-Iraq yang berlaku bukan saja dilihat sebagai usaha menghapuskan kerajaan Iraq dan Saddam Hussein semata-mata tetapi juga mengheret kita kepada satu bentuk `peperangan media' iaitu antara media Barat dan media Muslim.

SEKATAN EKONOMI SENJATA POLITIK AS -- Lidah Pengarang
21/04/2003 »
Kenapa Syria hendak dihukum oleh Amerika Syarikat (AS) sebelum ada sebarang bukti kukuh negara Arab itu mengancam mereka. Inilah yang kita bimbangkan jika dunia khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak membuat sesuatu, maka sebuah lagi negara Arab yang berjiran dengan Iraq akan menerima padah dengan tindakan ketenteraan.

Strategi baru pertahanan perlu dicipta
21/04/2003 »
Kekalahan dan kejatuhan kerajaan Saddam sekali lagi menunjuk bagaimana kuasa tentera Amerika Syarikat (AS) dengan peralatan perang yang berteknologi tinggi dapat melumpuhkan rantaian perintah tentera Iraq. Terlumpuhnya rantaian perintah ini dan tersekat bantuan dan sokongan seperti peluru dan peralatan perang yang lain melumpuhkan tentera Iraq untuk bertahan. Hinggakan pada detik masa yang terakhir pun, Menteri Penerangan kerajaan Saddam Hussein mahu memberi gambaran bahawa Baghdad akan menjadi kubur tentera bersekutu. Semua ini kita lihat adalah amaran kosong saja. Sekali lagi AS menunjukkan kuasa ketenteraannya yang boleh bertindak secara sewenang-wenangnya untuk menjatuhkan mana-mana rejim yang tidak disukainya.

Lagi »


TERKINI..


Arkib Bancian