18 Januari 2019

News (English)
Galeri Foto
Jadual
Pasukan
Cakap
Banci Bola
Wallpaper
Games
Berita Sukan
Sports News
Piala Dunia'98
Fakta
 
 
 

:: BERITA SUKAN

Nurul Ain pencabar pelayar lelaki

Nurul Ain pencabar pelayar lelaki

Oleh IRMAN HASHIM


Peter Gilmoure (kanan) ketika bersama wakil media yang berpeluang mengemudi kapal layar yang akan digunakan dalam acara tahunan Piala Monsun Malaysia awal bulan depan di Pulau Duyong, semalam.
- Gambar AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU - Pelayar Sukan SEA, Nurul Ain Md. Isa dari Perak merupakan satu-satunya pencabar pelayar lelaki pada perlumbaan Kejohanan Kapal Layar Kelayakan Malaysia Piala Monsun Malaysia (MMRC) di Pulau Duyong di sini yang bermula hari ini.

Ini ekoran, pemenang dua kali MMRC, Tiffany Koo tidak mengambil bahagian yang menjadikan Nurul Ain menjadi satu-satunya pelayar wanita mencabar kemampuan pelayar lelaki dalam merebut peluang bertanding pada Piala Monsun Malaysia 2008.

Selain Nurul Ain dari Perak, Abd. Rahim Mohd. Zan (Johor), Mohd. Razali Mansor (Navy 1), Mohd. Masyuri Rahmah (Navy 2), Mohd. Afendy Abdullah (Langkawi Geopark) dan M. Zaidi Md. Amin dari KFC (Persatuan Kapal Layar Malaysia) telah disahkan akan bertanding dalam kejohanan selama tiga hari itu.

Turut akan bertanding ialah Megat Fairuz Khairuddin dari pasukan Putrajaya Sail dan David Mills (Terengganu).

Dalam pada itu, sebanyak tujuh pelayar dari negara-negara di rantau ini akan bertanding dalam Kejohanan Kelayakan Asia Piala Monsun Malaysia yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 27 November ini.

Pasukan-pasukan yang akan bertanding ialah Kelab Kapal Layar Perth dipimpin oleh pelayar Australia, Ketih Swinton; pelayar Hong Kong Martin H. Kaye (Royal Hong Kong Yacht Club); pelayar Thailang, Morten Jakobsen (Royal Varuna Yacht Club) dan pelayar Singapura, Tan Wearn Haw.

Turut akan bertanding ialah pelayar Korea, Park Byeong serta dua pelayar Jepun, Hiroshi Miura dari pasukan Kansai Yacht Club dan Natzuki Motoyoshi (JYMA/JSAF).

Penasihat Perlumbaan Piala Monsun Malaysia, Datuk Peter Gilmour berkata, pihaknya menerima banyak permohonan untuk menyertai pusingan kelayakan atau wildcard.

''Kami menerima sebanyak 26 permohonan daripada pelayar Asia untuk menyertai pusingan kelayakan atau wildcard tetapi kami hanya meluluskan lapan daripadanya kerana faktor masa dan bot.

''Bagaimanapun, pada saat-saat akhir pasukan dari India terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan kelayakan ini," katanya.

Kedua-dua pemenang pusingan kelayakan tersebut akan berpeluang menyertai Piala Monsun Malaysia 2008 yang berlangsung selama empat hari bermula 3 Disember ini.

Dalam pada itu, Nurul Ain ketika ditemui berkata, ia merupakan penyertaan pertamanya dalam kejohanan yang menggunakan bot jenis Foundation 36 tersebut.

Satu-satunya peserta wanita dalam kelayakan Malaysia itu berkata, sebelum ini hanya bertanding dalam bot yang lebih kecil atau standard Olimpik.

''Bagaimanapun, saya berhasrat memberikan tentangan hebat kepada para pencabar lain dalam merebut kelayakan ini bagi membolehkan saya bertanding dalam Piala Monsun Malaysia," katanya yang aktif dalam sukan berkenaan sejak berusia 11 tahun.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE

 

Piala Dunia 2002 Utusan Online | Utusan Melayu (M) Berhad Kuala Lumpur | E-mel: [email protected]