20 Disember 2014
 
 
 

 

 

 BERITA

Seluruh negara beri penghormatan terakhir
KUALA LUMPUR 22 Nov. _ Seluruh rakyat Malaysia hari ini memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Yang di-Pertuan Agong ke-11, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, sebelum jenazah Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Klang.

Dimakamkan dengan penuh adat istiadat diraja
KLANG 22 Nov. - Jenazah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selamat dimakamkan dengan penuh adat istiadat diraja di Makam Diraja Klang di perkarangan Masjid Diraja Sultan Sulaiman di sini petang ini.

Almarhum mahu berehat, beramal ibadat
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah menyatakan hasrat mahu berehat dan beramal ibadat bersama Tuanku Siti Aishah di kediamannya berhampiran sebuah masjid di London selepas menamatkan tempohnya sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 2004.

Kenangan wartawan Utusan dengan Almarhum
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Bekas wartawan Utusan, Datuk Badrul Hisham Aziz tidak dapat melupakan peristiwa disergah oleh Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah di padang golf, di Florida Amerika Syarikat tujuh tahun lalu.

Almarhum sultan yang sangat popular- Muhammad
KLANG 22 Nov. - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, kemangkatan Yang di-Pertuan Agong ke-11, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat.

Dr Khir benar-benar terasa kehilangan Almarhum
KLANG 22 Nov. - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamed Khir Toyo berkata, beliau benar-benar terasa kehilangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat semalam.

Kesetiaan Kim Sai pada Almarhum Sultan Salahuddin
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Peristiwa dilucutkan gelaran Datuk oleh Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah cukup pahit bagi bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Lee Kim Sai.

Almarhum disifatkan sebagai seorang yang pintar
KLANG 22 Nov. - Seorang kenalan rapat Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Ishak Bidin, 74, menyifatkan baginda sebagai seorang yang pintar semasa di bangku sekolah.

Almarhum merupakan seorang penggemar burung
KLANG 22 Nov. - Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan seorang penggemar burung terutama burung kakak tua.

Tiada lagi nasihat dan gurauan Almarhum
KLANG 22 Nov. - Bermula semalam lebih 5,000 penduduk Pulau Indah di sini, tidak lagi mendengar kata nasihat, gurauan dan ramah mesra Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Majlis tahlil di Masjid Sultan Suleiman
KLANG 22 Nov - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam ini menganjurkan majlis tahlil di Masjid Sultan Suleiman di sini bagi Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat semalam.

Selangor akan terus maju dan makmur
KLANG 22 Nov. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin Selangor akan terus maju dan makmur di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kemangkatan Agong kehilangan besar buat pekerja
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Kemangkatan Yang di-Pertuan Agong ke-11, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan satu kehilangan besar buat para pekerja di negara ini, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Penderhaka jika tidak beri cuti- MTUC
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Majikan boleh dianggap sebagai penderhaka negara jika tidak mematuhi arahan kerajaan yang mengisytiharkan cuti kelepasan am dan memberi cuti bergaji kepada pekerja masing-masing hari ini.

20,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Kira-kira 20,000 rakyat berhimpun di sepanjang Jalan Raja, berhadapan bangunan Sultan Abdul Samad di sini, pada tengah hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pelancong turut saksikan istiadat pengiringan jenazah Agong
BEBERAPA pelancong asing yang kebetulan berada di ibu negara pada hari ini berkongsi pengalaman luar biasa dengan rakyat Malaysia yang berkabung, menyaksikan istiadat pengiringan jenazah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Brunei kibar bendera separuh tiang tiga hari
KUALA LUMPUR 22 Nov - Kerajaan Brunei mengisytiharkan pengibaran bendera separuh tiang selama tiga hari mulai hari ini sebagai menghormati kemangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pemerintah yang mudah mesra dengan rakyat
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan Almarhum Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai seorang pemerintah yang amat mudah bermesra dengan rakyat.

Tengku Idris kini Sultan Selangor ke-9
KLANG 22 Nov. - Tengku Idris Shah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj hari ini dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke-9 dalam majlis penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri Istana Alam Shah di sini.

Biodata Sultan Sharafuddin Idris Shah
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Sultan Selangor ke-9, Sultan Sharafuddin Idris Shah diputerakan pada 24 Disember 1945 di Istana Jemaah, Klang hasil pernikahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan Raja Nor Saidatul Ehsan Tengku Badar Shah.

Kerajaan Thai arah bendera berkibar separuh tiang
BANGKOK 22 Nov. - Kerajaan Thailand telah mengarahkan semua pejabat kerajaan serta agensinya di seluruh negara itu supaya mengibarkan bendera kebangsaannya pada separuh tiang selama tiga hari sempena kemangkatan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

MAIK arah tahlil khas kerana pemangkatan
PASIR PUTEH 22 Nov. - Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) mengarahkan masjid-masjid di negeri ini supaya mengadakan tahlil khas berikutan kemangkatan Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mulai malam ini.

Buku ucapan takziah dibuka di Jakarta
JAKARTA 22 Nov. - Kedutaan Besar Malaysia di sini akan membuka buku ucapan takziah selama tiga hari mulai esok di kedutaan itu berikutan kemangkatan Yang di-Pertuan Agong ke 11, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj , semalam.

Almarhum Agong diingati penduduk Sibu
SIBU 22 Nov - Penduduk Sibu khususnya dan mereka yang tinggal berhampiran pusat wilayah tengah negeri yang meliputi Bahagian Sarikei dan Kapit secara amnya mempunyai sebab khusus untuk mengingati Almarhum Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Asam pedas ikan terubuk, masakan kegemaran Almarhum
KUALA LUMPUR 22 Nov - Seorang tukang masak di Istana Negara sejak 25 tahun lepas menyifatkan tugas menyediakan makanan kegemaran Almarhum Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai satu penghormatan.

Jenazah Almarhum tiba di Klang 2.05 petang
KLANG 22 Nov - Jenazah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, tiba di Istana Alam Shah di sini pada 2.05 petang ini setelah melalui perjalanan sejauh 16 km dari Kuala Lumpur.

Tiada kesesakan sepanjang istiadat pengiringan
KUALA LUMPUR 22 Nov - Tiada kesesakan lalu lintas dilaporkan sepanjang istiadat pengiringan jenazah Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah walaupun beberapa jalan utama ditutup, kata Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Supt Ishak Manan.

Satu lagi catatan sejarah terukir di Bangunan SAS
KUALA LUMPUR 22 Nov - Bangunan bersejarah Sultan Abdul Samad di Jalan Raja di sini hari ini mencatatkan satu lagi sejarah - istiadat penghormatan penuh tentera ke atas jenazah Yang di-Pertuan Agong ke-11, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Jenazah Almarhum diberi penghormatan penuh ketenteraan
KUALA LUMPUR 22 Nov - Jenazah Yang di-Pertuan Agong ke-11, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini diberi penghormatan penuh ketenteraan di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad di sini dalam satu istiadat pengiringan jenazah dari Istana Negara.

Jenazah Seri Paduka mulakan perjalanan ke Klang
KUALA LUMPUR 22 Nov - Jenazah Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diusung dengan penuh istiadat menggunakan pedati dari Istana Negara ke hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di Jalan Raja dalam perjalanan ke Istana Alam Shah di Klang.

Ribuan rakyat jelata beri penghormatan terakhir
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Ribuan rakyat jelata menziarahi jenazah Yang di-Pertuan Agong ke-11, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj, 75, di Istana Negara di sini hari ini untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Seri Paduka yang mangkat semalam.

Lebih 4,000 sertai sembahyang jenazah Yang di-Pertuan Agong
KUALA LUMPUR 22 Nov. - Lebih 4,000 umat Islam menyertai upacara sembahyang jenazah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Masjid Negara, pagi ini.

Jadual Istiadat pemakaman
8 pagi - Bergerak dari Istana Selangor ke Masjid Negara.

Sultan Brunei ziarah jenazah Yang di-Pertuan Agong
KUALA LUMPUR 22 Nov - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Istana Selangor awal pagi ini untuk menziarahi jenazah almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Lagi/More

 


© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: online@utusan.com.my