18 Januari 2019
 
 
 

 

 

 BERITA 22/11/2001
Jenazah Almarhum diberi penghormatan penuh ketenteraan

Jenazah Almarhum diberi penghormatan penuh ketenteraan

KUALA LUMPUR 22 Nov - Jenazah Yang di-Pertuan Agong ke-11, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini diberi penghormatan penuh ketenteraan di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad di sini dalam satu istiadat pengiringan jenazah dari Istana Negara.

Penghormatan penuh itu diberikan oleh perbarisan kehormat terdiri daripada 112 anggota dan lapan pegawai Batalion 1, Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Hamdan Musa.

Yang di-Pertuan Agong ialah panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jenazah Seri Paduka tiba di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad bersebelahan dengan Dataran Merdeka pada 11.55 pagi.

Tepat pukul 12.30 tengah hari jenazahnya diangkat daripada pedati diraja dan diusung oleh 12 anggota daripada ketiga-tiga cabang ATM ke dalam kenderaan jenazah diraja untuk dibawa ke Istana Alam Shah.

Selesai jenazah Seri Paduka ditempatkan di dalam kenderaan jenazah diraja, lagu "Negaraku" dimainkan oleh pancaragam ATM sebelum kenderaan bergerak secara perlahan-lahan meninggalkan kawasan Dataran Merdeka menuju ke Klang.

Orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat telah berkumpul di Dataran Merdeka sejak awal pagi untuk menyaksikan istiadat itu.

Selain itu, istiadat berkenaan disiarkan siaran langsung melalui RTM1 yang ditayangkan pada skrin besar di dataran itu.

Anggota polis berbaris di kedua-dua belah Jalan Raja berhadapan dengan Dataran Merdeka sejak 11 pagi.

Polis trafik menutup secara berperingkat-peringkat Jalan Raja dan Jalan Sultan Hisamuddin mulai 11 pagi bagi melancarkan istiadat pengiringan jenazah.

Pengiringan jenazah melalui Jalan Istana, Jalan Damansara dan Jalan Sultan Hisamuddin dan berakhir di Jalan Raja.

 
Tajuk-tajuk Berita
  • Seluruh negara beri penghormatan terakhir
  • Dimakamkan dengan penuh adat istiadat diraja
  • Almarhum mahu berehat, beramal ibadat
  • Kenangan wartawan Utusan dengan Almarhum
  • Almarhum sultan yang sangat popular- Muhammad
  • Dr Khir benar-benar terasa kehilangan Almarhum
  • Kesetiaan Kim Sai pada Almarhum Sultan Salahuddin
  • Almarhum disifatkan sebagai seorang yang pintar
  • Almarhum merupakan seorang penggemar burung
  • Tiada lagi nasihat dan gurauan Almarhum
  • Majlis tahlil di Masjid Sultan Suleiman
  • Selangor akan terus maju dan makmur
  • Kemangkatan Agong kehilangan besar buat pekerja
  • Penderhaka jika tidak beri cuti- MTUC
  • 20,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka
  • Pelancong turut saksikan istiadat pengiringan jenazah Agong
  • Brunei kibar bendera separuh tiang tiga hari
  • Pemerintah yang mudah mesra dengan rakyat
  • Tengku Idris kini Sultan Selangor ke-9
  • Biodata Sultan Sharafuddin Idris Shah
  • Kerajaan Thai arah bendera berkibar separuh tiang
  • MAIK arah tahlil khas kerana pemangkatan
  • Buku ucapan takziah dibuka di Jakarta
  • Almarhum Agong diingati penduduk Sibu
  • Asam pedas ikan terubuk, masakan kegemaran Almarhum
  • Jenazah Almarhum tiba di Klang 2.05 petang
  • Tiada kesesakan sepanjang istiadat pengiringan
  • Satu lagi catatan sejarah terukir di Bangunan SAS
  • Jenazah Almarhum diberi penghormatan penuh ketenteraan
  • Jenazah Seri Paduka mulakan perjalanan ke Klang
  • Ribuan rakyat jelata beri penghormatan terakhir
  • Lebih 4,000 sertai sembahyang jenazah Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Istiadat pemakaman
  • Sultan Brunei ziarah jenazah Yang di-Pertuan Agong


  • © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
    E-mail: [email protected]