19 Januari 2019
 
 
 

 

 

 BERITA 22/11/2001
Asam pedas ikan terubuk, masakan kegemaran Almarhum

Asam pedas ikan terubuk, masakan kegemaran Almarhum

KUALA LUMPUR 22 Nov - Seorang tukang masak di Istana Negara sejak 25 tahun lepas menyifatkan tugas menyediakan makanan kegemaran Almarhum Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai satu penghormatan.

Rokiah Mohd Sani, 50, berkata, walaupun beliau baru dua tahun mengenali Almarhum Seri Paduka, namun, seolah-olah sudah lama mengenalinya kerana keramahan dan baik hati baginda.

"Sebagai tukang masak, kita masak apa yang paling digemarinya dan asam pedas ikan terubuk adalah makanan yang paling disukai oleh Tuanku," katanya ketika ditemui di Istana Negara hari ini.

"Tuanku juga suka siput masak lemak cili api dan ikan bakar cecah air asam," katanya dalam nada sebak menahan perasaan sedih.

Ibu kepada empat orang anak itu juga berkata, Almarhum juga suka pisang goreng dan cucur udang.

Ketika ditanya peristiwa yang paling diingatinya bersama Almarhum selain masakan yang digemarinya, Rokiah berkata, Seri Paduka seorang yang mementingkan kesihatan dan sentiasa mahukan kakitangan Istana Negara sihat dan cergas.

"Tuanku mengarahkan kakitangan supaya jaga kesihatan dan amalkan senaman supaya badan sihat," katanya.

Oleh itu, katanya, sejak dua tahun lepas, kakitangan mengadakan senaman selama 30 minit mulai 7.30 pagi, pada setiap hari Selasa dan Sabtu.

Ditanya sama ada aktiviti senaman itu akan diteruskan selepas kemangkatan Seri Paduka, beliau yang sekali lagi kelihatan menahan sebak berkata: "kami akan teruskan sebab itu akan mengingatkan kami kepadanya."

Sultan Salahuddin, 75, mangkat pada pukul 11.57 pagi di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, semalam, setelah lima hari berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan penafasan dan mesin dialisis. - Bernama

 
Tajuk-tajuk Berita
  • Seluruh negara beri penghormatan terakhir
  • Dimakamkan dengan penuh adat istiadat diraja
  • Almarhum mahu berehat, beramal ibadat
  • Kenangan wartawan Utusan dengan Almarhum
  • Almarhum sultan yang sangat popular- Muhammad
  • Dr Khir benar-benar terasa kehilangan Almarhum
  • Kesetiaan Kim Sai pada Almarhum Sultan Salahuddin
  • Almarhum disifatkan sebagai seorang yang pintar
  • Almarhum merupakan seorang penggemar burung
  • Tiada lagi nasihat dan gurauan Almarhum
  • Majlis tahlil di Masjid Sultan Suleiman
  • Selangor akan terus maju dan makmur
  • Kemangkatan Agong kehilangan besar buat pekerja
  • Penderhaka jika tidak beri cuti- MTUC
  • 20,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka
  • Pelancong turut saksikan istiadat pengiringan jenazah Agong
  • Brunei kibar bendera separuh tiang tiga hari
  • Pemerintah yang mudah mesra dengan rakyat
  • Tengku Idris kini Sultan Selangor ke-9
  • Biodata Sultan Sharafuddin Idris Shah
  • Kerajaan Thai arah bendera berkibar separuh tiang
  • MAIK arah tahlil khas kerana pemangkatan
  • Buku ucapan takziah dibuka di Jakarta
  • Almarhum Agong diingati penduduk Sibu
  • Asam pedas ikan terubuk, masakan kegemaran Almarhum
  • Jenazah Almarhum tiba di Klang 2.05 petang
  • Tiada kesesakan sepanjang istiadat pengiringan
  • Satu lagi catatan sejarah terukir di Bangunan SAS
  • Jenazah Almarhum diberi penghormatan penuh ketenteraan
  • Jenazah Seri Paduka mulakan perjalanan ke Klang
  • Ribuan rakyat jelata beri penghormatan terakhir
  • Lebih 4,000 sertai sembahyang jenazah Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Istiadat pemakaman
  • Sultan Brunei ziarah jenazah Yang di-Pertuan Agong


  • © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
    E-mail: [email protected]