18 Januari 2019
 
 
 

 

 

 BERITA 22/11/2001
Penderhaka jika tidak beri cuti- MTUC

Penderhaka jika tidak beri cuti- MTUC

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Majikan boleh dianggap sebagai penderhaka negara jika tidak mematuhi arahan kerajaan yang mengisytiharkan cuti kelepasan am dan memberi cuti bergaji kepada pekerja masing-masing hari ini.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Senator Zainal Rampak berkata, majikan yang tidak mematuhi arahan kerajaan itu jelas tidak menghormati kemangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Kata beliau, mereka sebagai sebahagian daripada warga negara perlu turut sama menghormati hari kemangkatan baginda bersama-sama dengan seluruh rakyat negara ini.

``Bagaimanapun, jika terdapat majikan yang tidak mematuhi arahan itu, pekerja terbabit boleh melaporkannya kepada Jabatan Buruh untuk tindakan lanjut,'' katanya kepada Utusan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang boleh diambil oleh pekerja yang tidak mendapat cuti kelepasan am dan cuti bergaji daripada majikan mereka.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan hari ini sebagai cuti hari kelepasan am berikutan kemangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn telah pun mengeluarkan arahan kepada semua majikan yang mewajibkan mereka menerima hari Khamis sebagai cuti umum dan mereka boleh didakwa dan didenda tidak lebih RM10,000 sekiranya tidak mematuhi arahan itu.

Jelas Fong, sekiranya pekerja terpaksa bekerja pada hari itu, majikan dikehendaki menggantikan cuti pekerja terbabit pada hari lain ataupun membayar dua kali ganda daripada gaji biasa untuk sehari.

 
Tajuk-tajuk Berita
  • Seluruh negara beri penghormatan terakhir
  • Dimakamkan dengan penuh adat istiadat diraja
  • Almarhum mahu berehat, beramal ibadat
  • Kenangan wartawan Utusan dengan Almarhum
  • Almarhum sultan yang sangat popular- Muhammad
  • Dr Khir benar-benar terasa kehilangan Almarhum
  • Kesetiaan Kim Sai pada Almarhum Sultan Salahuddin
  • Almarhum disifatkan sebagai seorang yang pintar
  • Almarhum merupakan seorang penggemar burung
  • Tiada lagi nasihat dan gurauan Almarhum
  • Majlis tahlil di Masjid Sultan Suleiman
  • Selangor akan terus maju dan makmur
  • Kemangkatan Agong kehilangan besar buat pekerja
  • Penderhaka jika tidak beri cuti- MTUC
  • 20,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka
  • Pelancong turut saksikan istiadat pengiringan jenazah Agong
  • Brunei kibar bendera separuh tiang tiga hari
  • Pemerintah yang mudah mesra dengan rakyat
  • Tengku Idris kini Sultan Selangor ke-9
  • Biodata Sultan Sharafuddin Idris Shah
  • Kerajaan Thai arah bendera berkibar separuh tiang
  • MAIK arah tahlil khas kerana pemangkatan
  • Buku ucapan takziah dibuka di Jakarta
  • Almarhum Agong diingati penduduk Sibu
  • Asam pedas ikan terubuk, masakan kegemaran Almarhum
  • Jenazah Almarhum tiba di Klang 2.05 petang
  • Tiada kesesakan sepanjang istiadat pengiringan
  • Satu lagi catatan sejarah terukir di Bangunan SAS
  • Jenazah Almarhum diberi penghormatan penuh ketenteraan
  • Jenazah Seri Paduka mulakan perjalanan ke Klang
  • Ribuan rakyat jelata beri penghormatan terakhir
  • Lebih 4,000 sertai sembahyang jenazah Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Istiadat pemakaman
  • Sultan Brunei ziarah jenazah Yang di-Pertuan Agong


  • © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
    E-mail: [email protected]