23 Januari 2019
 
 
 

 

 

 BERITA 22/11/2001
Majlis tahlil di Masjid Sultan Suleiman

Majlis tahlil di Masjid Sultan Suleiman

KLANG 22 Nov - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam ini menganjurkan majlis tahlil di Masjid Sultan Suleiman di sini bagi Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat semalam.

Majlis itu yang diadakan selepas solat Maghrib dihadiri kariah masjid itu.

Petang tadi, Almarhum yang merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-11 selamat disemadikan di Makam Diraja Sultan Suleiman yang terletak bersebelahan Masjid Sultan Suleiman.

Ketika mengumumkan majlis itu di sini hari ini, Pegawai Perhubungan Awam JAIS Fakhrul Azam Yahya berkata, JAIS juga akan menganjurkan majlis tahlil peringkat negeri bagi Almarhum di Masjid Sultan Salahuddin di Shah Alam malam esok.

"Majlis Tahlil ini akan diadakan selepas solat Maghrib," katanya.

Majlis itu akan dihadiri oleh Sultan Selangor yang baru, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri, pembesar-pembesar dan rakyat, katanya.

Katanya, JAIS turut meminta seluruh masjid di Selangor agar dapat mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin setiap malam selama 40 hari tempoh berkabung. - Bernama

 
Tajuk-tajuk Berita
  • Seluruh negara beri penghormatan terakhir
  • Dimakamkan dengan penuh adat istiadat diraja
  • Almarhum mahu berehat, beramal ibadat
  • Kenangan wartawan Utusan dengan Almarhum
  • Almarhum sultan yang sangat popular- Muhammad
  • Dr Khir benar-benar terasa kehilangan Almarhum
  • Kesetiaan Kim Sai pada Almarhum Sultan Salahuddin
  • Almarhum disifatkan sebagai seorang yang pintar
  • Almarhum merupakan seorang penggemar burung
  • Tiada lagi nasihat dan gurauan Almarhum
  • Majlis tahlil di Masjid Sultan Suleiman
  • Selangor akan terus maju dan makmur
  • Kemangkatan Agong kehilangan besar buat pekerja
  • Penderhaka jika tidak beri cuti- MTUC
  • 20,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka
  • Pelancong turut saksikan istiadat pengiringan jenazah Agong
  • Brunei kibar bendera separuh tiang tiga hari
  • Pemerintah yang mudah mesra dengan rakyat
  • Tengku Idris kini Sultan Selangor ke-9
  • Biodata Sultan Sharafuddin Idris Shah
  • Kerajaan Thai arah bendera berkibar separuh tiang
  • MAIK arah tahlil khas kerana pemangkatan
  • Buku ucapan takziah dibuka di Jakarta
  • Almarhum Agong diingati penduduk Sibu
  • Asam pedas ikan terubuk, masakan kegemaran Almarhum
  • Jenazah Almarhum tiba di Klang 2.05 petang
  • Tiada kesesakan sepanjang istiadat pengiringan
  • Satu lagi catatan sejarah terukir di Bangunan SAS
  • Jenazah Almarhum diberi penghormatan penuh ketenteraan
  • Jenazah Seri Paduka mulakan perjalanan ke Klang
  • Ribuan rakyat jelata beri penghormatan terakhir
  • Lebih 4,000 sertai sembahyang jenazah Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Istiadat pemakaman
  • Sultan Brunei ziarah jenazah Yang di-Pertuan Agong


  • © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
    E-mail: [email protected]