22 Januari 2019
 
 
 

 

 

 BERITA 22/11/2001
Kesetiaan Kim Sai pada Almarhum Sultan Salahuddin

Kesetiaan Kim Sai pada Almarhum Sultan Salahuddin

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Peristiwa dilucutkan gelaran Datuk oleh Sultan Selangor, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah cukup pahit bagi bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Lee Kim Sai.

Lee dilucutkan gelaran Datuk pada 23 Oktober 1987, setelah beliau tidak mengendahkan amaran baginda supaya tidak menimbulkan isu-isu yang menyinggung perasaan orang Melayu dan Raja.

Bagaimanapun, menurut Lee, peristiwa itu tidak sedikit pun melunturkan kesetiaannya kepada baginda selaku ketua negara dan juga raja yang mengurniakan darjah kebesaran tersebut.

Sebaliknya kata bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu, peristiwa tersebut telah menambah kesetiaan dan kecintaannya kepada baginda sultan.

``Saya tidak pernah berasa benci atau marah dengan tindakan itu sebab saya tahu saya orang politik,'' katanya apabila diminta mengenang kembali peristiwa pahit itu.

Baginya, jelas beliau, apa yang berlaku itu tidak ada kena-mengena dengan Tuanku tetapi satu tindakan yang berpunca daripada salah faham politik.

``Saya menerima keputusan itu dengan terbuka,'' katanya ketika ditemui selepas melawat jenazah Sultan Salahuddin di Istana Negara, hari ini.

Menurut Lee, peristiwa itu juga tidak pernah merenggangkan hubungannya dengan Tuanku yang telah bermula sejak tahun 1972.

``Selepas pelucutan itu saya masih dijemput menghadiri majlis anjuran Tuanku sama ada majlis rasmi atau tertutup,'' katanya.

Beliau berkata, Tuanku bukan sahaja dikenali kerana sikap yang baik, tetapi juga seorang yang penyayang.

``Kalau dia tahu mengenai masalah rakyat, dia akan turun menyaksikan sendiri masalah itu dan serta-merta akan memberi arahan kepada exco untuk bertindak. Baginda sentiasa mahu kerajaan di bawah pemerintahannya memberikan yang terbaik,'' ujarnya.

Lee berkata, beliau tidak dapat melupakan kata-kata Almarhum Sultan Salahuddin selepas menganugerahkan semula gelaran Datuk tersebut.

``Anda seorang gentleman. Bila dilucut gelaran, tetap kerja seperti biasa. Bila bagi balik pun kerja seperti biasa. Saya jawab, sudah semestinya Tuanku. Ini yang membuatkan saya begitu menyanjung tinggi Tuanku,'' katanya.

Mengulas mengenai pemergian Almarhum Sultan Salahuddin, beliau berkata: ``Tuanku tempat kita mencurahkan kesetiaan, tempat kita mengadu tetapi sekarang Tuanku telah tiada. Sebagai insan, Tuanku akan dikenang dengan jasa baiknya dan sebagai pemerintah, Tuanku akan dikenang kerana sikap prihatin terhadap rakyat.''

 
Tajuk-tajuk Berita
  • Seluruh negara beri penghormatan terakhir
  • Dimakamkan dengan penuh adat istiadat diraja
  • Almarhum mahu berehat, beramal ibadat
  • Kenangan wartawan Utusan dengan Almarhum
  • Almarhum sultan yang sangat popular- Muhammad
  • Dr Khir benar-benar terasa kehilangan Almarhum
  • Kesetiaan Kim Sai pada Almarhum Sultan Salahuddin
  • Almarhum disifatkan sebagai seorang yang pintar
  • Almarhum merupakan seorang penggemar burung
  • Tiada lagi nasihat dan gurauan Almarhum
  • Majlis tahlil di Masjid Sultan Suleiman
  • Selangor akan terus maju dan makmur
  • Kemangkatan Agong kehilangan besar buat pekerja
  • Penderhaka jika tidak beri cuti- MTUC
  • 20,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka
  • Pelancong turut saksikan istiadat pengiringan jenazah Agong
  • Brunei kibar bendera separuh tiang tiga hari
  • Pemerintah yang mudah mesra dengan rakyat
  • Tengku Idris kini Sultan Selangor ke-9
  • Biodata Sultan Sharafuddin Idris Shah
  • Kerajaan Thai arah bendera berkibar separuh tiang
  • MAIK arah tahlil khas kerana pemangkatan
  • Buku ucapan takziah dibuka di Jakarta
  • Almarhum Agong diingati penduduk Sibu
  • Asam pedas ikan terubuk, masakan kegemaran Almarhum
  • Jenazah Almarhum tiba di Klang 2.05 petang
  • Tiada kesesakan sepanjang istiadat pengiringan
  • Satu lagi catatan sejarah terukir di Bangunan SAS
  • Jenazah Almarhum diberi penghormatan penuh ketenteraan
  • Jenazah Seri Paduka mulakan perjalanan ke Klang
  • Ribuan rakyat jelata beri penghormatan terakhir
  • Lebih 4,000 sertai sembahyang jenazah Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Istiadat pemakaman
  • Sultan Brunei ziarah jenazah Yang di-Pertuan Agong


  • © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
    E-mail: [email protected]