18 Januari 2019
 
 
 

 

 

 BERITA 22/11/2001
Kenangan wartawan Utusan dengan Almarhum

Kenangan wartawan Utusan dengan Almarhum

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Bekas wartawan Utusan, Datuk Badrul Hisham Aziz tidak dapat melupakan peristiwa disergah oleh Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah di padang golf, di Florida Amerika Syarikat tujuh tahun lalu.

Menceritakan pengalaman pertamanya menyertai rombongan Almarhum itu, beliau berkata, peristiwa itu bermula apabila beliau memotong buggy (kereta golf) Tuanku.

Sebaik sahaja kereta buggynya memotong buggy Tuanku semasa satu sesi permainan golf di situ, beliau terdengar Tuanku memanggilnya; ``Mok mari sini cepat''.

Tuanku jarang memanggil nama penuhnya, sebaliknya lebih gemar menggelar beliau sebagai Pak Mok atau Si Gemuk.

``Saya ingatkan Tuanku murka pada saya (kerana memotong buggynya) sehingga hampir saya terkencing.

``Rupa-rupanya Tuanku suruh saya tulis berita dalam Utusan tentang kisah bot mewahnya `Siti Aishah' dilanggar oleh sebuah kapal kargo di Pelabuhan Klang,'' kata Ahli Parlimen Hulu Langat itu kepada Utusan di sini hari ini.

Beliau yang ketika itu bertugas sebagai Penolong Pengarang Berita di Utusan dijemput oleh Tuanku untuk bercuti bersama-samanya ke Florida dengan jurugambar, Mustafa Kamal pada 1994.

Katanya, jemputan menyertai percutian eksklusif itu dibuat kerana menurut Tuanku, baginda mempunyai `sentimental value' dengan Utusan.

Badrul berkata, beliau mengenali Almarhum sejak awal 80-an, tetapi hubungan itu semakin rapat pada 1987.

Katanya, semasa 10 hari di Florida, Tuanku mengajak mereka minum kopi setiap pagi di rumahnya berdekatan tasik di situ.

``Lepas itu, saya cukup faham dengan Tuanku, cuma kita yang rasa kekok dan berasa ada jurang tetapi sebenarnya Almarhum cukup mesra dan memang berjiwa rakyat,'' jelasnya.

Badrul berkata, satu lagi pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah apabila beliau diperkenalkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib tidak berapa lama selepas memenangi kerusi Parlimen di Hulu Langat pada 1995.

Katanya, ketika itu Almarhum merasmikan masjid Batu 14 Hulu Langat yang turut dihadiri oleh wakil-wakil rakyat Selangor.

``Saya masih ingat apabila Tuanku bertitah, Si Gemuk ni kalau bukan aku yang doakan, tak menanglah dia,'' katanya, sambil disambut oleh deraian ketawa oleh para tetamu di majlis itu.

Badrul mengakui beliau berasa kehilangan dengan kemangkatan Almarhum kerana mempunyai hubungan yang mesra dengan Tuanku.

``Kehilangan yang amat mendalam dan tak mampu nak saya jelaskan dengan kata-kata,'' tambahnya.

 
Tajuk-tajuk Berita
  • Seluruh negara beri penghormatan terakhir
  • Dimakamkan dengan penuh adat istiadat diraja
  • Almarhum mahu berehat, beramal ibadat
  • Kenangan wartawan Utusan dengan Almarhum
  • Almarhum sultan yang sangat popular- Muhammad
  • Dr Khir benar-benar terasa kehilangan Almarhum
  • Kesetiaan Kim Sai pada Almarhum Sultan Salahuddin
  • Almarhum disifatkan sebagai seorang yang pintar
  • Almarhum merupakan seorang penggemar burung
  • Tiada lagi nasihat dan gurauan Almarhum
  • Majlis tahlil di Masjid Sultan Suleiman
  • Selangor akan terus maju dan makmur
  • Kemangkatan Agong kehilangan besar buat pekerja
  • Penderhaka jika tidak beri cuti- MTUC
  • 20,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka
  • Pelancong turut saksikan istiadat pengiringan jenazah Agong
  • Brunei kibar bendera separuh tiang tiga hari
  • Pemerintah yang mudah mesra dengan rakyat
  • Tengku Idris kini Sultan Selangor ke-9
  • Biodata Sultan Sharafuddin Idris Shah
  • Kerajaan Thai arah bendera berkibar separuh tiang
  • MAIK arah tahlil khas kerana pemangkatan
  • Buku ucapan takziah dibuka di Jakarta
  • Almarhum Agong diingati penduduk Sibu
  • Asam pedas ikan terubuk, masakan kegemaran Almarhum
  • Jenazah Almarhum tiba di Klang 2.05 petang
  • Tiada kesesakan sepanjang istiadat pengiringan
  • Satu lagi catatan sejarah terukir di Bangunan SAS
  • Jenazah Almarhum diberi penghormatan penuh ketenteraan
  • Jenazah Seri Paduka mulakan perjalanan ke Klang
  • Ribuan rakyat jelata beri penghormatan terakhir
  • Lebih 4,000 sertai sembahyang jenazah Yang di-Pertuan Agong
  • Jadual Istiadat pemakaman
  • Sultan Brunei ziarah jenazah Yang di-Pertuan Agong


  • © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
    E-mail: [email protected]