saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 27/08/2012

Lupakan 'Misi 33' - Irfan

Pemain Pahang, Mohd. Fauzi Roslan (kiri) melakukan gerakan sambil dihalang pemain Selangor, Basko Balaban pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, kelmarin.

KUALA LUMPUR - Selepas meraih hanya dua mata daripada enam mata maksimum, Irfan Bakti mengakui Selangor tiada pilihan melainkan memenangi baki empat perlawanan terakhir untuk berpeluang melayakkan diri ke suku akhir saingan Piala Malaysia.

Pengendali skuad Gergasi Merah Kuning itu menegaskan, pasukannya tidak boleh lagi kehilangan mata dan menuntut supaya anak-anak buahnya meningkatkan persembahan selepas ini atau melupakan sahaja 'Misi 33' yang dicanangkan.

"Tiada lagi mata boleh tercicir, saya mahu pemain-pemain sedar keadaan ini. Bagaimanapun, saya tetap yakin kami mampu melakukannya seperti mana ketika saya membimbing Terengganu dua musim lalu," katanya, selepas menyaksikan Selangor diikat 2-2 oleh Pahang di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, pemain import Tok Gajah, Maycon Carvalho meletakkan pasukan pelawat di ha dapan pada minit ke-14 namun ia pantas disamakan Safiq Rahim melalui sepakan percuma menarik tiga minit kemudian.

Pahang memimpin kembali perlawanan pada minit ke-24 menerusi gol pelik Fauzi Roslan yang menyambung bola rembatan Boris Kochkin sebelum membias masuk ke dalam gawang Selangor.

Basko Balaban menyelamatkan maruah Selangor dengan gol penyamaan pada minit ke-64 bagi memastikan skuad Red Giants masih bernyawa untuk meneruskan perjuangan ke suku akhir.

"Kita melepaskan dua gol mudah dan mujur berjaya bangkit untuk memperolehi satu mata.

"Saya salahkan pertahanan kerana gol pertama manakala gol yang kedua berpunca daripada kesilapan bahagian tengah," kata Irfan.

Sementara itu, Dollah Salleh kesal dengan kegagalan pasukannya untuk menyempurnakan semua peluang gol kerana jika tidak, Selangor tidak akan ada peluang untuk bangkit.

"Kami sepatutnya 3-1 di depan pada babak pertama. Saya berasa kecewa dengan persembahan pemain-pemain saya pada separuh masa kedua kerana membenarkan lawan mengawal rentak permainan.

"Ia satu tabiat buruk kerana seringkali apabila mendahului, mereka alpa. Memang sasaran kami untuk pulang dengan satu mata, namun sebenarnya ia satu perlawanan yang kami mampu menang mudah," keluh Dollah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.