saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 30/08/2012

Asraruddin bakal ke Eropah

Aksi Asraruddin Putra Omar dalam final bola sepak Sukan SEA 2011 menentang Indonesia yang menyaksikan Malaysia mempertahankan pingat emas.

KUALA LUMPUR - Setelah Mohd. Nazmi Faiz menyertai kelab Portugal, SC Beira-Mar Mei lepas, kelibat pemain negara terus meraih perhatian kelab antarabangsa dengan terbaru pertahanan kiri Harimau Malaya dan Selangor, Asraruddin Putra Omar mungkin mengikut jejak Nazmi.

Asraruddin, 24, diintai dua kelab iaitu Primera Regional (Divisyen Lima Sepanyol), Internacional FC yang berpusat di Santander.

Kelab berkenaan telah menyatakan minat secara rasmi terhadap kemampuan Asraruddin kepada Selangor.

Sebuah lagi kelab yang berminat terhadap pemain itu ialah dari Liga Segunda (Divisyen Dua Portugal), OS Belenenses.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Urban Bash Sport Management, Faliq Firdaus rundingan terhadap Asraruddin masih pada peringkat awal kerana kelab Internacional hanya baru bertanyakan harga serta soal gaji yang boleh ditawarkan.

"Internacional FC telah menyatakan minat secara rasmi dengan menghantar satu surat kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengenai kedudukan Asraruddin.

"Setakat ini belum ada sebarang perbincangan serius di antara kedua-dua pihak dan masih terlalu awal untuk mengatakan Asraruddin akan menerima tawaran itu tetapi kelab dari Sepanyol itu memang berminat mendapatkan khidmatnya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelab Internacional FC yang baru sahaja ditubuhkan dua tahun lalu merupakan juara Divisyen Enam Sepanyol pada musim 2011/12.

Selain Internacional FC, satu lagi kelab yang turut berminat dengan kemampuan Asraruddin adalah kelab dari Liga Segunda (Divisyen Dua Portugal), O.S Belenenses, namun belum ada tawaran secara rasmi dikemukakan setakat hari ini.

OS Belenenses merupakan antara kelab yang pernah meraih pelbagai kejuaraan di Portugal seperti Piala Portugal sebanyak tiga kali dan menjuarai Piala Intertoto pada 1975.

Asraruddin merupakan tonggak penting yang membawa kejayaan skuad Bawah 23 tahun negara pada Sukan SEA Indonesia tahun lalu.

Dia menjaringkan gol penyamaan ketika berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir sebelum permainan diheret ke masa tambahan yang menyaksikan Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas buat kali kedua berturut-turut.

Pemain kelahiran Kuala Selangor itu sering menjadi pilihan utama jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal mengisi posisi bek kiri dalam kesebelasan utama berbanding pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Azmi Muslim.

Berketinggian 1.83 meter, Asraruddin pernah mendapat pengalaman menjalani percubaan selama seminggu bersama kelab utama Belanda, PSV Eindhoven pada 2007.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.