saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 13/10/2012

Safee ke Arema Malang

KUALA LUMPUR - Bagi mencari penyelesaian muktamad berhubung masa depan yang tidak menentu untuk mewakili Harimau Malaya pada peringkat antarabangsa, penyerang negara Safee Sali dijangka beralih angin mewakili satu lagi kelab yang beraksi di Liga Super Indonesia (ISL), Arema Malang.

Perkara itu didedahkan pengurus peribadi, Zakaria Rahim yang berkata, semua perbincangan mengenai urusan perpindahan telah memasuki fasa terakhir.

Menurutnya, pemain Pelita Jaya itu hanya menunggu masa untuk menandatangani kontrak bersama kelab yang berpangkalan di Jawa Timur itu.

Tambah menarik, pemergian Safee ke Arema Malang dijangka akan diiringi oleh seorang lagi pemain kebangsaan, yang merupakan rakan sepasukannya di Selangor sebelum ini.

Namun, segala pengumuman rasmi mengenai perpindahan Safee dan seorang lagi pemain yang difahamkan beraksi pada bahagian tengah itu akan dilakukan tidak lama lagi.

"Benar Safee akan menyertai kelab baru iaitu Arema Malang tidak lama lagi, semua urusan perpindahan sedang diselesaikan.

"Jika tiada halangan, dia akan mengikat kontrak selama dua tahun bersama Arema Malang sehingga musim 2014.

"Bukan itu sahaja, seorang lagi pemain negara ini akan turut menyertai Safee di sana bagi mengisi slot pemain Asia daripada lima import yang dibenarkan dalam satu -satu pasukan.

"Biarpun bermain di ISL, Arema Malang bukan antara 32 kelab yang digantung oleh PSSI dan itu tidak akan menjejaskan peluang Safee bermain di peringkat antarabangsa, " katanya.

Kenyataan Zakaria mengesahkan desas-desus semalam bahawa Safee dijangka akan berpindah ke kelab lain yang tidak berada dalam senarai penggantungan 32 kelab oleh Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI).

Tambah Zakaria, urusan pemergian Safee dari Pelita Jaya ke Arema Malang tidak melibatkan sebarang yuran perpindahan kerana kedua-dua kelab itu dimiliki oleh individu yang sama iaitu Nirwan Bakrie.

"Tidak ada, perpindahan Safee ke sana tidak melibatkan yuran kerana bukan sekadar Safee seorang pemain Pelita Jaya akan ke sana tetapi beberapa ramai pemain lain.

"Kontrak yang pernah ditandatangani oleh Safee ketika bersama Pelita Jaya juga tidak akan banyak terjejas, " ujarnya.

Safee baru sahaja menandatangani kontrak dua tahun bersama Pelita Jaya pada 1 Februari lalu dengan nilai kontrak difahamkan bernilai RM2 juta setahun.

Safee telah beraksi bersama Pelita Jaya sejak 5 Februari 2011 dan menjaringkan tujuh gol dalam 13 penampilan di ISL sebelum dijadikan ketua pasukan Pelita Jaya bagi musim 2011/12 dan membantu kelabnya menamatkan saingan pada tangga keenam ISL.

Arema Malang yang merupakan antara kelab mempunyai ramai penyokong di Jawa Timur menamatkan saingan musim lalu pada tangga ke-12 ISL dan turut menampilkan satu lagi wakil dalam Liga Premier Indonesia (IPL) dengan menggunakan nama Arema FC.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.