saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 18/10/2012

Perlawanan akhir paling sukar - Daudsu

KOTA BHARU - Pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaludin menyifatkan perlawanan akhir Piala Malaysia menentang ATM Sabtu ini lebih sukar berbanding dua edisi final yang pernah dilalui Kelantan pada 2009 dan 2010.

Menurutnya, ini kerana ATM dibarisi pemain yang kerap tersenarai mewakili skuad negara, ditambah pula dengan sentuhan berbisa penyerang import mereka, Marlon Alex James dan Bruno Martelotto.

Katanya, Kelantan juga terpaksa berhempas pulas dalam dua perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia ketika menentang ATM sebelum berjaya mengalahkan skuad B. Sathianathan itu.

"ATM memang sebuah pasukan yang hebat dan kami bakal berdepan tentangan sengit daripada mereka pada perlawanan akhir nanti.

"Untuk itu saya berazam untuk menyekat ATM dan bersungguh-sungguh untuk memastikan Kelantan mencipta kejuaraan treble.

"Peluang menjulang tiga kejuaraan semusim tidak datang selalu dan kesempatan itu akan digunakan sebaik mungkin," katanya ketika dihubungi semalam.

Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir 2009 namun menebus kehampaan ke atas lawan yang sama pada pentas akhir 2010.

Dalam pada itu, mengulas imbuhan lumayan yang dijanjikan Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA ) sekiranya berjaya merangkul Piala Malaysia, Daudsu berkata, imbuhan itu memberi motivasi tambahan kepada pemain.

"Imbuhan tersebut juga membuktikan KAFA sangat menghargai jasa pemain dan peluang tersebut tidak akan dipersiakan-siakan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.