saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 31/10/2012

Johor sambar penjaring terbanyak La Liga

Daniel Gonzales Guiza

JOHOR BAHRU - Johor membuktikan kesungguhan untuk membentuk skuad yang digeruni bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan apabila mengikat pemain Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza.

Guiza merupakan penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 iaitu ketika mewakili Mallorca dan disahkan bakal menjadi milik skuad Johor.

Pemain itu dijangka tiba di sini esok bersama ejennya untuk menandatangani kontrak Jumaat ini.

Kehadiran pemain yang lebih dikenali dengan nama Daniel Guiza dan berusia 32 tahun itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semalam.

Selain Guiza, Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak, Azmi Muslim dan Mohd. Muslim Ahmad sah menjadi milik Johor, manakala Safiq Rahim dan Mohd. Nurul Azwan Roya sudah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pasukan itu.

Johor juga sedang menunggu keputusan daripada penyerang sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha.

Tunku Ismail berkata, Guiza yang merupakan pemain penyerang kini beraksi untuk Getafe dalam saingan La Liga, sudah hampir 95 peratus menjadi milik Johor dan pasukan mengalu-alukan kedatangan pemain itu.

"Nilai pemain itu di pasaran Eropah adalah 1.6 juta euro. Berapa jumlah yang PBNJ bayar untuk mendapat khidmatnya, saya tidak akan dedahkan. Yang penting dia bakal memberi impak kepada skuad Johor dalam saingan musim depan.

"Dia (Guiza) yang membantu Sepanyol muncul juara Piala Eropah 2008 sudah menyatakan persetujuan beraksi bersama Johor dan kami gembira dapat mengikat pemain bertaraf dunia," katanya pada sidang media di Istana Bukit Pelangi di sini semalam.

Selain Mallorca dan Getafe, Guiza juga pernah beraksi dengan kelab Turki, Fenerbahçe dan turut membuat penampilan dalam saingan Liga Juara-juara Eropah bersama kelab tersebut.

Tunku Ismail juga memberitahu, bekas pemain kebangsaan Singapura, Fandi Ahmad bakal menjadi Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan dan akan dibantu oleh Ismail Ibrahim manakala Johor FA pula akan dibimbing Azmi Mohamad.

"Kita sedang mencari seorang lagi pemain import bagi menguatkan posisi tengah pasukan.

“Untuk itu, kita akan umumkan siapa pemain itu tidak lama lagi," katanya yang mahu mengembalikan kegemilangan Johor dalam arena bola sepak negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.