saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 31/10/2012

Mat Yo penyerang terbaik, Paling Bernilai

Barisan pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 (dari kiri) Mohd. Rozaimi Abdul Rahman, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Aidil Zafuan, Norshahrul Idlan Talaha, B, Sathianathan dan Safiq Rahim pada majlis di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Safiyana Salim

SHAH ALAM - Tanpa diduga, penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha sekali lagi menggondol Anugerah Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 100 Plus-Arena-FAM, iaitu kemenangan hatrik bagi kategori tersebut sejak 2010.

Biarpun tidak diletakkan harapan tinggi, Norshahrul atau Mat Yo menidakkan ramalan awal yang lebih memihak dua pencabarnya, Mohd. Badhri Mohd. Radzi dan Hairuddin Omar.

Selain memenangi kategori Pemain Paling Bernilai, Norshahrul juga memenangi Anugerah Penyerang Terbaik.

Beliau mengakui tidak sangka sekali lagi terpilih sebagai Pemain Paling Bernilai namun menyifatkan pemilihannya memberikan motivasi menjelang Piala Suzuki AFF 2012.

"Anugerah ini mungkin rezeki bakal anak saya yang akan dilahirkan tidak lama lagi.

"Saya sentiasa bercita-cita tinggi untuk membuktikan saya adalah pemain terbaik dan sentiasa menjaga disiplin sama ada di dalam atau luar padang, itu antara resipi kejayaan saya, " katanya.

Bagi Anugerah Penjaga Gol Terbaik, Khairul Fahmi Che Mat menepati reputasi sebagai penjaga gol No. 1 negara apabila dinobat sebagai pemenang, mengetepikan Mohd. Farizal Marlias dan Norazlan Razali.

Ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim meraih kejayaan sebagai Pemain Tengah Terbaik manakala Pertahanan Terbaik milik Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak.

Jurulatih ATM, B. Sathianathan membuat kejutan apabila mengungguli Anugerah Jurulatih Terbaik mengecewakan Bojan Hodak (Kelantan) dan Irfan Bakti (Selangor) sementara Mohd. Rozaimi Abdul Rahman menjadi Pemain Harapan Terbaik.

Sathianathan menyifatkan pemilihannya bukan datang daripada dia seorang, sebaliknya disokong pihak pengurusan yang mantap dan dibekalkan pemain yang berkualiti.

"Dua elemen iaitu pihak pengurusan yang sentiasa membantu dan mendapat ramai pemain yang bagus memudahkan tugasan saya selaku jurulatih.

"Tanpa kerjasama daripada pihak pengurusan dan pemain, mustahil saya boleh mengecapi kejayaan ini, " katanya.

Kejayaan merangkul kejuaraan treble tahun ini mengangkat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebagai Persatuan Bola Sepak Negeri Terbaik.

Naib juara Piala FA, Sime Darby diumumkan sebagai Kelab Bola Sepak Terbaik sementara ATM diiktiraf Kelab Penyokong Terbaik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.