saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 13/11/2012

MAFA perlukan masa kembalikan sinar bola sepak Melaka

Md. Yunos Husin (depan dua dari kiri) menerima memorandum daripada wakil PBM Ridzuan Ahmad pada sesi dialog dengan MAFA di Ayer Molek, baru-baru ini. -UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM

MELAKA - Bukan tidak melakukan perubahan sebaliknya Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) meminta penyokong bersabar jika mahu melihat kebangkitan semula skuad bola sepak negeri itu.

Masih berusaha keras menyelesaikan beberapa masalah lama yang ditinggalkan oleh pentadbiran terdahulu, MAFA yang kini diterajui Datuk Md. Yunos Husin selaku Presiden turut berusaha mendapatkan penajaan daripada syarikat swasta bagi menguatkan cabaran pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga FAM 2013.

Pada majlis dialog antara MAFA dan penyokong bola sepak Melaka (PBM) di Ayer Keroh, baru-baru ini Setiausaha Agungnya, Hahi Salleh, mengakui MAFA sama sekali tidak berdiam diri dalam usaha memartabatkan kembali maruah bola sepak negeri Melaka,

"MAFA dalam usaha menyelesaikan hutang lama seperti tunggakan EPF dan SOCSO, itu yang menyebabkan kami masih memerlukan masa membina kembali kekuatan bola sepak negeri ini.

"Sebelum ini, kami mempunyai tunggakan berjumlah RM700,000 dengan FAM namun setelah beransur-ansur membuat pembayaran, bakinya kini sudah semakin berkurangan.

"Insya-Allah, musim ini kami akan cuba bangkit pada musim depan dan mensasarkan naik ke Liga Perdana pada tahun 2014, itu harapan MAFA, " katanya.

Yunus turut hadir pada majlis dialog itu sementara PBM diwakili Ridzuan Ahmad.

Di akhir majlis pertemuan itu, satu memorandum daripada PBM yang bertajuk kembalikan maruah bola sepak Melaka diserahkan kepada MAFA.

Memperjelaskan lagi keadaan MAFA, Hahi berkata status Melaka yang beraksi di Liga FAM menjadi kesukaran buat mereka menarik penaja-penaja memberi bantuan daripada segi kewangan.

"MAFA sukar mendapat penajaan daripada syarikat swasta kerana status Melaka beraksi di Liga FAM, liga yang kurang mendapat publisiti, " katanya.

Bagi menyelesaikan masalah berkenaan, Hahi berkata , MAFA meletakkan sasaran mahu layak ke Liga Perdana dengan mahu mengungguli saingan Liga FAM musim ini dan telah mengenal pasti 30 pemain yang kebanyakan terdiri daripada bekas pemain Liga Perdana seperti MP Muar dan MBJB.

"Presiden telah memutuskan untuk melantik Mohd. Asri Ninggal yang merupakan panel kejurulatihan program realiti Soccer Kids, sebagai jurulatih Melaka pada musim depan. Kami yakin Melaka mampu menyinar dalam saingan Liga FAM musim depan, " katanya.

Walau pun begitu, Ridzuan yang mewakili penyokong-penyokong mengakui mereka masih belum berpuas hati dengan hasil dialog tersebut kerana sasaran yang ditetapkan MAFA tidak seiring dengan usaha yang dilakukan di samping menguar-uarkan sesi pemilihan pemain secara terbuka.

"MAFA berkata mereka mahu naik ke Liga Perdana tetapi apabila melihat cara mereka menguruskan pasukan ini pada musim depan, nampaknya mereka tidak begitu serius sepenuhnya kerana masih belum ada nama besar ditarik ke Melaka.

"Di samping itu, seperti dijangka MAFA masih gagal mendapatkan penajaan dan situasi ini akan merumitkan lagi keadaan kerana MAFA hanya bergantung kepada satu sumber (geran kerajaan negeri).

"Satu lagi persoalan, mengapa mereka tidak menghebahkan pemilihan pemain sebelum ini, tiba-tiba sahaja kami telah ketahui pemilihan telah dilakukan dan mereka sudah ada 30 pemain, " katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.