saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 14/11/2012

Azman lepas jawatan pengurus Kelantan

KOTA BHARU - Selepas lapan tahun menggalas tanggungjawab mengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim akhirnya mengambil keputusan melepaskan jawatan tersebut sebaik sahaja bermulanya saingan Liga Malaysia 2013 nanti.

Azman ketika ditemui pemberita berkata, dia memilih untuk melepaskan jawatan tersebut bagi menyelesaikan beberapa urusan peribadi yang sebelum ini tertangguh termasuklah perniagaan.

Menurutnya, hasrat untuk melepaskan jawatan tersebut telah lama disuarakan dan ini merupakan masa terbaik buatnya untuk berbuat demikian selepas Kelantan menjulang beberapa kejuaraan sebelum ini termasuklah meraih tiga piala musim ini.

“Ini perkara biasa yang berlaku pada semua orang termasuklah saya. Lagipun saya telah lama menggalas tanggungjawab sebagai pengurus sejak tahun 2005 dan ia merupakan tugas sukarela.

“Walaubagaimanapun saya berpuas hati sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus pasukan. Ketika itu saya mengambil alih Kelantan, pasukan ini beraksi dalam saingan Liga FAM.

“Alhamdulillah, setahun kemudian Kelantan berjaya kembali ke saingan Liga Perdana. Ketika itu tidak ramai yang berminat untuk menguruskan pasukan dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Jazlan Yaacob," katanya.

Sementara itu, Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa dalam facebooknya berkata, pihaknya telah membuat keputusan untuk melantik ketua jurulatih, Bojan Hodak sebagai pengurus pasukan bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Azman.

Katanya, Hodak yang bertindak sebagai pengurus akan dibantu oleh Wan Badri Wan Omar manakala jawatan Azman sebagai Setiausaha Agung KAFA masih kekal seperti biasa.

Mengulas mengenai pelantikan Hodak selaku pengurus baru Kelantan, Azman memberitahu dia percaya pengendali kelahiran Croatia itu mampu menggalas tugas tersebut.

“Beliau (Hodak) seorang yang kaya dengan pengalaman, saya yakin dan percaya tugas sebagai pengurus tidak akan memberikan tekanan buat Hodak.

“Ditambah pula dengan pembentukan syarikat The Red Warriors.com yang akan menguruskan pasukan secara komersial, saya yakin Kelantan akan lebih mantap dalam saingan musim hadapan," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.