saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 14/11/2012

Peter Butler pegang dua jawatan dalam T-Team

KUALA TERENGGANU - Peter Butler bukan hanya akan diberi tanggungjawab sebagai ketua jurulatih T-Team, malahan juga sebagai pengurus pasukan tersebut.

Beliau dijangka menandatangani kontrak dengan pasukan berstatus kelab itu minggu ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat yang diberi tanggungjawab bagi memantau T-Team dan skuad Terengganu untuk musim depan.

Rozi yang juga bekas pengurus T-Team berkata, persetujuan telah dicapai antara pihak T-Team dengan jurulatih kelahiran England itu berikutan surat yang dikeluarkan pasukan Terengganu.

"Butler akan menandatangani kontraknya sebagai jurulatih dan juga pengurus pasukan (T-Team) dalam masa seminggu ini.

"Dia adalah pilihan terbaik dan kita fikir dia boleh memimpin pasukan menjadi lebih mantap terutama dalam soal mendisiplinkan pemain," katanya di sini semalam.

Rozi menjelaskan, T-Team telah lama memperhatikan Butler iaitu sejak musim lalu lagi dan berdasarkan rekodnya yang memberangsangkan sebagai seorang jurulatih.

Beliau turut mengakui T-Team sebenarnya memerlukan khidmat jurulatih itu pada musim lepas lagi namun Terengganu terlebih dahulu memilikinya.

"Ini merupakan peluang T-Team untuk mendapatkan khidmatnya setelah dia berjaya menyelesaikan kemelut dengan PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu).

Rozi seterusnya percaya Butler mampu menjalankan tugasnya dengan cemerlang kerana jurulatih berusia 46 tahun itu akan diberi kebebasan memilih mana-mana pemain yang disukainya, selain menekankan soal disiplin.

Menurutnya, para pemain T-Team dijangka mula menjalani latihan pada 16 November ini dan Butler pula dijangka menandatangani kontrak dengan pasukan itu dalam waktu terdekat ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.