saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 28/11/2012

Norshahrul bebas sertai mana-mana pasukan

PETALING JAYA - Norshahrul Idlan Talaha akhirnya mendapat lampu hijau daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) apabila kontrak pemain tersebut dibatalkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan, berdasarkan penilaian keterangan Norshahrul dan KAFA, FAM membuat keputusan untuk membebaskan Pemain Paling Bernilai 2012 itu menyertai mana-mana pasukan dengan pembatalan kontrak sebelah pihak.

Melalui prosiding selama dua jam di Wisma FAM, Norshahrul boleh didaftarkan oleh mana-mana pihak dalam saingan Liga Malaysia musim 2013 dengan mematuhi syarat-syarat dalam peraturan.

"Prosiding hari ini (semalam) adalah berkaitan satu kes yang dirujuk oleh pemain Kelantan, Norshahrul kepada FAM untuk menyelesaikan satu pertikaian di antara Norshahrul dengan KAFA.

"Ada dua isu yang perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Status iaitu isu yang pertama adalah status Norshahrul sama ada dia ini masih lagi pemain mewakili Kelantan atau terikat dengan kontrak Kelantan ataupun tidak.

"Kami telah diberitahu bahawa pada 30 Oktober lalu, Norshahrul telah memberikan notis kepada KAFA untuk menamatkan kontraknya yang masih berbaki setahun dengan cara penamatan kontrak sebelah pihak.

"Perkara ini dibenarkan mengikut peraturan FAM iaitu berdasarkan Perkara 8.5 di dalam kontrak pemain dan kontrak yang ditangani dengan KAFA, dia boleh memohon untuk menamatkan kontrak ini secara sebelah pihak dengan syarat-syarat tertentu.

"Jadi, notis tersebut telah diterima dan disahkan oleh pihak KAFA yang diwakili oleh Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail sementara Wakil KAFA hadir di hadapan Jawatankuasa Status, mereka telah mengesahkan bahawa tidak akan mendaftar Norshahrul bagi mewakili Kelantan pada (Liga Malaysia) musim 2013.

"Dengan itu, dia dianggap bebas dengan kontrak KAFA dan boleh didaftarkan dengan mana-mana pasukan," katanya kepada pemberita pada sidang akhabar mesyuarat Jawatakuasa Status di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.

Sementara itu, Norshahrul mengesahkan dia berasa lega soal masa depannya akhirnya terjawab selepas menerima pelepasan secara rasmi daripada KAFA.

"Rasa bersyukur kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan yang saya bebas untuk menyertai mana-mana pasukan nanti.

"Saya akan putuskan kelab baharu selepas aksi Malaysia menentang Laos nanti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.