saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 09/12/2012

Skuad The Red Warriors sudah lengkap

Penyerang muda Australia, Dimitrios Pertratos melengkapkan skuad Kelantan untuk menghadapi musim baru Liga Malaysia.

KOTA BHARU - Juara treble 2012, Kelantan sudah melengkapkan senarai penuh pemain yang bakal membawa cabaran Liga Malaysia musim depan, termasuk tambahan dua pemain import sebaik pendaftaran pemain ditutup, Khamis lalu.

Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendaftarkan pertahanan kental dari Nigeria, Obinna Nwaneri dan penyerang muda Australia, Dimi Pertratos untuk beraksi dalam Liga Super, manakala Keita Mandjou yang berasal dari Guinea dan Lek Kcira dari Crotia akan digunakan ketika kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Menurut sumber, ketua jurulatih, Bojan Hodak, lebih menggemari aksi yang dipamerkan oleh Pertratos bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain Lebanon, Muhammad Ghaddar biarpun Mandjou telah menyertai Kelantan sejak Jun, tahun lalu.

"Petratos baru saja menyertai kem kita pada Isnin lalu tetapi aksinya lebih memikat jurulatih.

"Kita memerlukan pemain muda kerana cabaran Liga Super musim depan cukup sengit. Untuk itu, kita perlu pemain yang mempunyai tahap kecergasan tinggi dan konsisten.

"Pertratos lebih bertenaga untuk mengepalai jentera penggempur The Red Warriors ketika kita dalam usaha untuk meremajakan pasukan.

"Bola sepak moden menuntut kecergasan pemain berada pada tahap maksimum," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, pada majlis perarakan tiga piala yang dimenangi Kelantan di Rantau Panjang, semalam, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan, pihaknya telah mendaftarkan 25 pemain tempatan, dua import serta dua lagi pemain tambahan pada hari terakhir pendaftaran pemain.

Annuar bagaimanapun memberitahu, susunan nombor jersi belum lagi diputuskan oleh pihaknya kerana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi sedikit kelonggaran untuk tujuan tersebut kepada pasukan yang beraksi pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Kita diberi kelonggaran sehingga 29 Disember ini untuk memutuskan barisan pemain import dan segala urusan berkaitan."

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.