saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 14/12/2012

Malang di Supachalasai

Norsharul Idlan Talaha diasak pemain Thailand, Piyaphon Buntao pada perlawanan Piala Suzuki AFF di Stadium Supachalasai, Bangkok malam tadi.

BANGKOK - Langkah Harimau Malaya dalam Piala Suzuki AFF 2012 menemui titik noktah pada separuh akhir kedua dengan pengadil dari Korea Selatan, Lee Minhu menjadi watak penting kepada kemenangan 2-0 Thailand di Stadium Supachalasai, malam tadi.

Kedua-dua jaringan Thailand diperoleh pada separuh masa kedua melalui penyerang berbisa Teerasil Dangda pada minit ke-59 sebelum Theerathon Bunmathan menambah luka Harimau Malaya pada minit ke-63.

Thailand layak ke perlawanan akhir berdepan Singapura melalui kemenangan secara agregat 3-1.

Di hadapan 20,000 penonton, Minhu jelas berat sebelah dengan memihak tuan rumah apabila tanpa disangka melayangkan kad kuning kedua kepada Mohd. Fadhli Shas pada minit ke-43 tanpa kesalahan yang munasabah.

Ini menyebabkan Harimau Malaya tempang apabila terpaksa berjuang dengan 10 pemain pada babak kedua.

Tindakan pengadil Korea itu sama sekali tidak dapat diterima kerana insiden sebenarnya Fadhli menjadi mangsa keadaan akibat provokasi Datsakorn Thonglao.

Apa yang menghairankan pembantu pengadil yang berada berdekatan dengan insiden Fadhli dan Thonglao, langsung tidak memberikan penjelasan kepada Minhu, yang terus melayangkan kad kuning kepada kedua-dua pemain itu.

Sikap berat sebelah pengadil Korea, Lee Minhu mula terserlah pada minit ketujuh lagi apabila dengan mudah melayangkan kad kuning tanpa memberikan sebarang amaran lisan kepada pemain negara dan Mohd. Fadhli Shas menjadi mangsa pertama.

Tujuh minit kemudian, giliran Mahalli Jasuli pula mengutip kad kuning sedangkan dua pemain negara, Amar Rohidan dan Norshahrul Idlan Talaha jelas disiku oleh pemain Thailand sebaliknya pemain lawan langsung tidak dikenakan sebarang tindakan.

Tuan rumah hampir berada di hadapan pada minit ke-30 apabila penjaring terbanyak mereka setakat ini, Teerasil Dangda berjaya melepaskan diri daripada kawalan pertahanan Harimau Malaya tetapi mujur sepakan penyerang Muanthong United itu tersasar keluar.

Peluang terbaik negara mendapatkan jaringan di babak pertama hanyalah melalui sepakan percuma Safiq Rahim pada penghujung perlawanan, yang mudah diselamatkan oleh Kawin Thamsatchanan.

Tanpa Fadhli, persembahan skuad negara ternyata terjejas dan lebih banyak bertahan pada babak kedua.

Keputusan Datuk K. Rajagobal yang meletakkan Amar pada bahagian pertahanan tengah menggantikan tempat Fadhli juga dilihat satu kesilapan apabila dia menjadi punca kepada gol pertama Thailand.

Kesilapan Amar yang gagal mengawal bola dengan baik membuka laluan kepada Teerasil berlari secara solo sebelum mudah menewaskan Farizal.

Empat minit kemudian, akibat keadaan kelam kabut di depan pintu gol, Theerathon menyepak masuk bagi jaringan kedua tuan rumah.

Pujian harus diberikan kepada Farizal Marlias kerana jika tidak disebabkan ketangkasannya, Malaysia sudah pasti menjadi mangsa dibelasah Thailand apabila menafikan sekurang-kurangnya lima percubaan berbahaya tuan rumah. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.