saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 31/12/2012

Misbun Ramdan juara kebangsaan

KUALA LUMPUR - Misbun Ramdan Mohd. Misbun bangkit daripada kekalahan set pembukaan untuk mengejutkan Chong Wei Feng 13-21, 21-18 dan 21-18 dalam pertarungan final perseorangan lelaki yang memakan masa hampir sejam, sekali gus muncul juara peringkat akhir Grand Prix Badminton Kebangsaan Maybank 2012 di Alor Setar, semalam.

Kejayaan Misbun Ramdan bermakna pemain muda berusia 21 tahun itu adalah juara kebangsaan baharu sejak 2003.

Sembilan edisi terdahulu kesemuanya dikuasai Datuk Lee Chong Wei dan ketidakhadiran jaguh No. 1 dunia itu sekali gus membuka peluang untuk pemain lain dinobatkan selaku juara baharu.

"Kemenangan ini memang tidak dijangkakan sebab Wei Feng seorang pemain yang jauh lebih berpengalaman. Saya bagaikan tidak percaya saya berjaya melakukannya.

"Wei Feng bermain dengan tempo laju, saya sangka dia akan menang dalam straight set. Saya cuba ikut rentaknya pada set kedua dan ia berhasil," kata anak kepada legenda badminton kebangsaan, Misbun Sidek.

Misbun Ramdan sebelum itu muncul juara kumpulan mencabar yang juga menampilkan pilihan utama, Liew Daren, Nur Mohd. Azriyn Ayup dan Tan Kian Meng sebelum menempah tiket ke final selepas membenam juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli pada separuh akhir, kelmarin.

Sementara itu, dalam saingan perseorangan wanita yang menyaksikan aksi ulangan final tahun lalu, Tee Jing Yi berjaya menebus duka dengan menumpaskan Lydia Cheah 21-18, 21-19 untuk muncul juara kali ini.

"Kami berdua amat inginkan kejuaraan ini, jadi masing-masing bermain dengan corak agak konservatif dan selamat.

"Lydia akhirnya mula cemas dan mula membuat banyak kesilapan, detik itu menjadi titik tolak kepada perlawanan tadi dan kemenangan akhirnya memihak saya," kata Jing Yi.

Dalam final beregu campuran, Goh V Shem-Soon Fie Cho mengecewakan Lim Khim Wah-Vivian Hoo Kah Mun 21-18, 7-21, 21-19 manakala gelaran beregu lelaki milik Hoon Thien How-Tan Wee Kiong yang mudah straight set 21-14, 21-15 ke atas bekas juara remaja dunia, Chooi Kah Ming-Ow Yao Han.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.