saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 10/01/2013

Dollah enggan dabik dada

R. Surendran menjaringkan gol kemenangan Pahang menentang Johor Darul Takzim, kelmarin.

KUANTAN - Biar pun berjaya mengejutkan barisan bintang Johor Darul Takzim dalam aksi sulung Liga Super kelmarin, jurulatih Pahang, Dollah Salleh mahu anak buahnya tidak terus dibuai dengan kejayaan manis tersebut.

Sebaliknya, Dollah mahu skuad Tok Gajah tidak mendabik dada kerana perjalanan Liga Super masih panjang biar pun mengakui kemenangan ke atas Harimau Selatan cukup penting dalam melonjakkan semangat pemain dan keyakinan penyokong.

"Saya rasa perjalanan jauh lagi dan banyak aspek yang perlu diperbaiki, tetapi InsyaAllah saya percaya Pahang mampu menjadi pasukan yang digeruni dalam Liga Super," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan malam kelmarin.

Pada perlawanan di Stadium Darulmakmur itu, Pahang mempamerkan kebangkitan bertenaga pada separuh masa kedua untuk menundukkan barisan bintang Johor Darul Takzim dengan jaringan 3-2 biar pun ketinggalan dua jaringan pada separuh masa pertama.

Dollah juga gembira dengan aksi pemain tempatan yang cukup menyerlah termasuk pemain yang menjaringkan dua gol malam semalam, Mohd. Fauzi Roslan.

Katanya, biar pun tanpa bintang ternama, aksi yang diberikan pemain tempatan termasuk pemain kelahiran Pahang cukup membanggakan dan mereka membuktikan mampu pergi jauh dalam saingan Liga Super musim ini.

"Aksi Fauzi misalnya, pemain dari Pekan itu saya akui cukup baik dan ini memberi kebanggaan kepada rakyat Pahang dan saya percaya ramai lagi pemain tempatan kita sebenarnya berkemampuan memberikan prestasi yang baik," jelasnya.

Dalam pada itu, Dollah berkata, kelemahan di bahagian pertahanan akan diperbaiki bagi mengelakkan berulang kesilapan melepaskan gol mudah seperti perlawanan tersebut.

"Kita masih punya masa untuk atasi kelemahan itu dan yang penting pemain perlu fokus untuk mengharungi aksi Liga Super musim ini yang masih panjang termasuk pemain import juga perlu bekerja keras untuk dapatkan tempat dalam kesebelasan Tok Gajah," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.