saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 12/01/2013

Roslinda tinggalkan olahraga

ROSLINDA SAMSU

KUALA LUMPUR - Belum pun bermula Sukan SEA 2013 di Myanmar, Malaysia sudah terlepas genggaman sebutir pingat emas apabila ratu lompat bergalah wanita negara Roslinda Samsu mengumumkan untuk bersara, semalam.

Roslinda yang juga penyumbang konsisten pingat emas pada setiap penyertaan Sukan SEA sejak 2005 hingga 2011 itu turut mengakui sudah memaklumkan kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berhubung keputusannya.

Kata Roslinda yang bakal mencecah usia 31 tahun pada Jun ini, keputusan berkenaan dibuat kerana ingin memberikan komitmen terhadap kariernya sebagai guru dan jurulatih.

"Keputusan ini saya buat selepas berfikir panjang dan merasakan tiba masanya untuk saya bersara selain telah banyak berkorban untuk mencapai kejayaan.

"Saya telah memaklumkan kepada KOM menerusi surat dan saya berharap atlet yang ada mampu meneruskan kecemerlangan.

"Daripada apa yang saya lihat atlet yang sedia ada memerlukan masa untuk menghadiahkan emas buat negara dalam acara lompat bergalah mungkin dalam dua kali Sukan SEA selepas ini mereka mampu untuk meraihnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Roslinda yang memperoleh ijazah Pendidikan Jasmani, Universiti Putra Malaysia (UPM), Oktober lalu ketika ini masih menunggu keputusan penetapan untuk tempat mengajar daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Sepanjang menyertai Sukan SEA sejak 2001 hingga 2011, Roslinda menyumbang empat pingat emas buat negara selain menjadi pencabar utama pada kejohanan peringkat Asia.

Buat masa ini terdapat dua atlet lompat tinggi bergalah yang dirasakan berpotensi melangkah lebih jauh.

Mereka ialah Chuah Yu Tian, 17 tahun dalam kategori wanita yang mempunyai catatan peribadi terbaik 3.90 meter manakala lelaki adalah pemenang pingat emas Sukan Malaysia 2012, Iskandar Alwi dengan lompatan terbaiknya 4.90m dicipta pada Kejohanan Terbuka Thailand Oktober lalu.

Sementara itu, Presiden KOM, Datuk Zainal Abidin Ahmad mengesahkan telah menerima surat persaraan daripada Roslinda.

Kata Zainal, pihaknya akan terus berusaha untuk mencari pengganti kepada ratu lompat bergalah negara itu menerusi kejohanan terdekat pada tahun ini.

"Saya perlu menilai atlet-atlet menerusi kejohanan di peringkat kebangsaan dan negeri kerana tumpuan kita adalah untuk mendapatkan lebih ramai atlet baru.

"Diharapkan selepas ini tiada lagi halangan buat atlet negara untuk mendapatkan tempat beraksi pada Sukan SEA," kata Zainal.

Kejohanan pertama bakal menjadi tumpuan dalam kalendar KOM 2013 ialah Grand Prix (GP) Malaysia pada 20 April ini yang juga akan menjadi medan kelayakan buat atlet tempatan memburu slot ke Sukan SEA Myanmar pada Oktober.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:11
Asar 4:34
Maghrib 7:07
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.