saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 16/01/2013

Pos Malaysia tetap bernafsu

KUALA LUMPUR - Berdepan kehilangan beberapa pemain utama pada musim ini, tidak banyak harapan disandarkan kepada Pos Malaysia yang beraksi pada tahun keempat pada saingan Liga Perdana.

Tambahan langsung tidak mengambil sebarang pemain import, Pos Malaysia mungkin dilihat antara pasukan yang sekadar mencukupkan bilangan pasukan yang akan bersaing dalam Liga Perdana dengan tumpuan saingan lebih terarah ke Johor, Sime Darby dan Kedah bagi memburu slot ke Liga Super musim depan.

Namun, dua kemenangan daripada tiga perlawanan awal menerbitkan rasa keyakinan pengendalinya, G. Torairaju bahawa Pos mampu menghadirkan cabaran kepada pasukan-pasukan lain di samping memburu slot ke saingan Liga Super pada tahun 2014.

Mahu memburu tiga mata semasa berdepan Sarawak, Jumaat ini, pasukan yang dikenali sebagai 'Postman' itu memberi amaran kepada pasukan lain supaya jangan sama sekali memandang rendah akan keupayaan sebenar mereka.

''Kami terpaksa membina kembali kekuatan pasukan ini dengan menggunakan ramai tenaga muda selepas lima pemain utama kami mengambil keputusan untuk berhijrah kerana mendapat tawaran yang lebih baik.

''Namun, selepas melalui tiga perlawanan, saya rasa cukup berpuas hati dengan kemampuan yang dipamerkan oleh mereka dan menampilkan semangat yang tinggi tanpa mahu mengenal erti kalah.

''Diharapkan para pemain mampu meneruskan momentum ini dan memburu tiga mata penting semasa bertemu Sarawak walaupun saya tahu ia satu perlawanan yang cukup sukar bertandang ke tempat lawan (Stadium Negeri)," katanya ketika dihubungi, semalam.

Antara beberapa pemain utama Pos Malaysia yang berpindah ke pasukan lain ialah Mohd. Aizulridzwan Razali (T-Team), G. Puaneswaran (Terengganu), Azmeer Yusof (Negeri Sembilan) dan Mohd. Hanifuddin Abdul Rahman (SPA Putrajaya).

Pos Malaysia menang pada dua aksi di tempat sendiri dengan menundukkan Kuala Lumpur 3-2 dan UiTM FC 1-0, namun tewas 0-1 kepada Kedah semasa beraksi di Stadium Darul Aman.

Jelas Torairaju, kemenangan ke atas Sarawak pada Jumaat ini cukup penting bagi menerbitkan rasa keyakinan terhadap diri pemain tambahan lawan masih belum pernah tewas pada saingan Liga Perdana.

''Kami cukup menghormati Sarawak tetapi kami tidak gentar walaupun kami tahu mereka mempunyai ramai pemain berpengalaman berbanding kami.

''Jika tiga mata berharga dapat dikutip di tempat lawan, ia membolehkan kami terus mencabar kelompok pasukan teratas dan paling penting memberikan satu semangat baru kepada pemain bahawa mereka mampu bersaing dengan pasukan lain.

''Setelah sekian lama beraksi di Liga Perdana, mungkin ini tahun paling sesuai buat kami memburu tempat ke persaingan Liga Super atau sekurang-kurangnya menempah slot ke Piala Malaysia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.