saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 02/02/2013

PKNS sambar Nazmi Faiz

KUALA LUMPUR - Segala persoalan mengenai masa depan bintang muda bola sepak negara yang pulang secara mengejut dari kelabnya di Portugal kelmarin, Mohd. Nazmi Faiz Mansor terjawab dengan segera apabila dia sah menjadi milik PKNS, semalam.

Status itu juga menamatkan desas-desus bahawa kepulangan Nazmi ke tanah air hanya sebagai pemain pinjaman selama enam bulan dari S.C Beira-Mar, sebaliknya dia bukan lagi pemain kelab Divisyen Satu Portugal berkenaan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid yang berkata, Nazmi akan diperkenalkan sebagai pemain baru kelab itu pada sidang media di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, hari ini.

“Ya... Nazmi sudah menjadi pemain baru PKNS dan dia akan beraksi di sini bukan sebagai pemain pinjaman seperti yang digembar-gembur sebelum ini.

“Segala perkara mengenai dirinya boleh ditanyakan pada sidang media pada hari esok (hari ini), " katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber juga memberitahu Utusan Malaysia, Nazmi mengikat kontrak selama tiga tahun dengan skuad Abdul Rahman Ibrahim itu.

Walaupun menyertai PKNS di luar tempoh perpindahan, Nazmi dikatakan tetap boleh terus beraksi bersama kelab barunya itu di bawah kuota pemain bawah 21 tahun.

Perlawanan berikutnya PKNS adalah menentang Felda United dalam Liga Super pada 16 Februari ini.

Kepulangan bintang muda berusia 19 tahun itu ke tanah air pada Khamis lalu menimbulkan seribu satu persoalan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bertanggungjawab membawa pemain itu ke Portugal tidak tahu menahu mengenai keputusan yang dibuat oleh Nazmi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.