saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 14/02/2013

Malaysia lengkap kemenangan

Pemain Malaysia meraikan gol pada perlawanan persahabatan menentang Ireland di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR - Malaysia melengkapkan siri perlawanan ujian menentang Ireland dengan rekod sempurna, menang 3-1 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam, sekali gus menyemarakkan semangat menjelang Piala Sultan Azlan Shah, bulan depan.

Dua jaringan padang menerusi Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil serta satu menerusi sudut penalti yang disudahi Muhammad Razi Abdul Rahim pada minit ke-17, 42 dan 66, menyusuli kemenangan 4-2 dan 3-0 pada Ahad dan Isnin lalu.

Namun Ireland yang dibimbing oleh Meredith Andrew sempat mengejutkan tuan rumah dengan gol sudut penalti jaringan Shane O'Donoghue seawal minit ketiga perlawanan.

Anak buah Paul Revington akan berdepan New Zealand dalam siri dua perlawanan ujian lagi pada 4 dan 5 Mac di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka, sebagai persediaan terakhir memburu empat teratas dalam Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh.

Katanya: "Saya kecewa dengan cara permulaan permainan kami. Kami terpaksa bekerja keras dan mengambil masa sedikit untuk memasuki permainan dan hanya selepas itu, barulah menguasainya."

Menganalisis ketiga-tiga perlawanan itu, katanya, "Kami menjaringkan 10 gol dan melepaskan tiga gol dan bermain tanpa beberapa tonggak tetapi saya rasa cara penyudahan sudut penalti kami perlu banyak digilap lagi.

"Beberapa minggu lagi menjelang Piala Sultan Azlan dan dengan kembalinya S. Kumar dan Faizal Saari dari liga di India, saya rasa mereka teruja untuk menyertai latihan kami seterusnya memburu sasaran empat terbaik di Ipoh nanti," katanya.

Andrew pula kurang berpuas hati dengan insiden kekasaran pemain Malaysia, Chua Boon Huat pada minit ke-30 yang baginya, wajar dihukum dengan kad merah dan dibuang padang sekali gus mampu menjadikan pasukannya mempunyai kelebihan menentang 10 pemain lawan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.