saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 27/02/2013

Johor DT singkir Kedah

pemain Johor Darul Takzim, Mohd. Redzuan (kiri) diasak lawan dari Kedah dalam pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi. Johor layak ke suku akhir selepas menang penalti 5-4. - Utusan/Kamal Basir

KUALA LUMPUR - Johor Darul Takzim memilih jalan sukar sebelum menang mengatasi pasukan dari Liga Perdana, Kedah melalui penentuan penalti 5-4 di Stadium Darul Aman dengan Daniel Guiza muncul wira Harimau Selatan apabila menyempurnakan sepakan terakhir.

Bekas pemain Getafe dan Real Mallorca sebelum itu turut menjadi penyelamat Darul Takzim ketika berada di ambang penyingkiran dengan menjaringkan dua gol penyamaan pada minit ke-69 dan 89 selepas ketinggalan 0-2 pada babak pertama.

Khyril Muhymeen terlebih dahulu menceriakan kira-kira 10,000 penyokong setia Hijau Kuning dengan jaringan pada minit ke-8 dan 22, namun kegagalan Mohd. Shazuan Mohd Ashraf pada sepakan kelima menghancurkan harapan meninggi Sang Kenari sekali gus memberi laluan kepada Darul Takzim untuk berdepan Selangor di suku akhir.

Hajat besar Pulau Pinang untuk mencipta kejutan ke atas jaguh pantai Timur, Terengganu tidak kesampaian apabila anak-anak buah E. Elavarasan ternyata terlalu kuat dengan kemenangan 3-0 di Stadium Bandaraya.

Pemain kebangsaan, Ashari Samsudin meletakkan skuad pelawat di hadapan dengan jaringan pada minit ke-2 lagi selepas menerima umpanan G. Puaneswaran sebelum menolak mudah di hadapan gawang Pulau Pinang yang ternganga luas.

Walaupun daripada segi corak permainan Pulau Pinang dapat mengimbangi Terengganu, Ashari membuktikan sentuhan penyudahnya semakin berbisa dengan jaringan menarik pada minit ke-59 sebelum Khairul Ramadhan Zauwawi melengkapkan kemenangan 3-0 Terengganu melalui larian secara solo dari sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan kencang yang menewaskan Mohd. Solehin Mohd Rodzi.

Di Stadium Darul Makmur, Pahang berpesta jaringan membelasah Tentera Darat 7-1 dengan Azamuddin Akil meledak empat jaringan pada minit ke-25,27,51 dan 70.

Gol-gol Pahang yang lain disumbangkan R. Gopinathan pada minit ke-16, Faizul Hussein (minit ke-38) dan Mohamed Borji (minit ke-88) manakala jaringan tunggal pelawat diperolehi melalui Faizul Hamzah, pada minit ke-66.

Jaringan daripada Azizan Baba pada minit ke-32 dan Bobby Gonzalez pada minit ke-57 memastikan Sarawak meneruskan kemaraan apabila menyingkirkan satu lagi pasukan dari Liga FAM, PBAPP FC 2-0 di Stadium Negeri, Kuching

Finalis musim lalu, Sime Darby mara penuh bergaya selepas menundukkan pasukan dari Liga Super, T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dengan kemenangan tipis 1-0 hasil gol pemain import dari Croatia, Karlo Primorac pada minit ke-66 bagi menempah pertemuan dengan Pahang.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Negeri Sembilan mengesahkan yang mereka bakal menjadi lawan Terengganu di peringkat suku akhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Pos Malaysia melalui jaringan Fauzi Nan pada minit ke-25 dan minit ke-43 oleh Rashid Mahmud.

Sementara itu, perlawanan antara Kelantan dan PKNS di Stadium Sultan Muhammad IV terpaksa ditunda kerana masalah air bertakung di padang ekoran hujan lebat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.