saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 28/02/2013

UniKL, Thunderbolts selangkah ke final hoki Piala Milo

KUALA LUMPUR - Pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL Young Guns) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Thunderbolts) kini selangkah ke perlawanan akhir Piala Milo, Ahad ini apabila kedua-dua pasukan meraih kemenangan besar pada perlawanan separuh akhir pertama, semalam.

Pada separuh akhir pertama itu, UniKL Young Guns meraih kemenangan 6-0 menewaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Junior) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil manakala SSTMI Thunderbolts menang 8-0 ke atas MBI-Anderson di Stadium Taman Daya, Johor Bahru.

Meskipun empat pasukan tersebut bakal beraksi untuk perlawanan separuh akhir kedua pada Jumaat ini, namun peluang ke perlawanan akhir lebih memihak UniKL Young Guns dan SSTMI Thunderbolts berikutan memperoleh kelebihan jaringan.

Jurulatih UniKL Young Guns, K. Enbaraj berkata, kemenangan besar semalam membolehkan mereka selesa untuk menghadapi separuh akhir kedua dengan merehatkan beberapa pemain utama.

"Saya dapat lihat prestasi pemain berada di tahap yang terbaik sejak kami beraksi pada saingan suku akhir lagi, namun masih ada beberapa taktikal yang perlu diperbaiki.

"Kami memang mengharapkan untuk melangkah ke perlawanan akhir dan saya mahu pemain mempertingkatkan persembahan mereka dan dalam masa yang sama sudah tentu kami tidak mahu ambil mudah perlawanan separuh akhir kedua nanti," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di sini, semalam.

Pada perlawanan semalam, pemain UniKL Young Guns, M. Hafif Elkan Rerasa menjadi tumpuan utama apabila meraih hatrik untuk pasukannya pada minit ke-14, 28' dan 59'.

Sementara tiga lagi gol UniKL Young Guns diperolehi menerusi dua gol daripada Muhd. Syafiq Zulzairin minit ke-25 serta minit ke-61 dan Norsyafiq Sumantri minit ke-43.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.