saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 27/04/2013

Chong Wei hampiri gelaran Terbuka India

KUALA LUMPUR 27 April - Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menghampiri gelaran ketiganya tahun ini setelah mara ke perlawanan akhir Terbuka India Siri Super Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan menewaskan Boonsak Ponsana di separuh akhir sebentar tadi.

Pemain tunggal Malaysia yang masih bertahan itu mengambil masa 53 minit untuk menjinakkan pemain Thailand, yang juga pilihan ketujuh kejohanan, 21-11, 18-21, 21-8 di New Delhi.

Chong Wei yang merupakan juara kejohanan itu dua tahun lalu akan berdepan pilihan keenam, Kenichi Tago dalam perlawanan akhir esok.

Pemain dari Jepun itu mara ke perlawanan akhir setelah mengecewakan pemain tuan rumah, Anand Pawar 21-16, 21-11 dalam satu lagi separuh akhir.

Sepanjang tahun ini, Chong Wei sudah muncul juara di Korea Selatan dan Malaysia, Januari lalu tetapi sekadar bergelar naib juara Seluruh England bulan lalu dan Terbuka Australia awal bulan ini. - UTUSAN ONLINE

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.