saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 08/05/2013

Kelantan lakar kemenangan bergaya

KOTA BHARU - Kelantan meraih tiga mata penting apabila menewaskan Felda United 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Tuan rumah yang turun tanpa peledak import berbisanya Dickson Nwakaeme pada babak pertama, dilihat tumpul apabila setiap serangan mereka berjaya dipatahkan pertahanan Felda United yang dikemudi pemain berpengalaman Khaironnisam Shahbuddin.

Namun gawang lawan akhirnya berjaya dibolosi menerusi pemain berpengalaman, Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-32 yang tenang menewaskan penjaga gawang Felda United, Helmi Eliza Elias.

Indra Putra membuktikan sentuhannya masih berbisa dengan meledak gol kedua Kelantan pada minit ke-35, apabila menanduk kemas bola lambungan Nik Shahrul Azim Nik Ab Halim.

Namun, ketinggalan dua gol tidak mematahkan semangat pemain Felda United apabila Razali Umar Kandasamy hampir merapatkan jurang gol sebelum rehat, namun rembatan lencong pemain itu berjaya ditepis oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Indra Putra hampir menambah gol pada minit ke-80 dan ke-82, bagaimanapun rembatannya sedikit tersasar.

Berbaki lapan minit permainan, Bojan Hodak membawa masuk Nwakaeme dan pemain itu hampir menjaringkan gol ketiga tuan rumah pada minit ke-84, namun rembatannya tersasar.

Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi melengkapkan jaringan ketiga tuan rumah pada masa tambahan.

Sementara itu di Stadium Perak, Ipoh pasukan tuan rumah mencatat kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan.

Perak memperoleh gol melalui pemain import Paulo Rangel pada minit ke-21 dan Azlan Ismail minit ke-61 manakala gol saguhati pasukan pelawat dijaringkan oleh Nazrin Mohd Nawi pada minit ke-90.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.